Friday, June 2, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

‘Lucutkan jawatan menteri DAP yang bersifat rasis’

Pas menggesa agar mana-mana pemimpin DAP yang bersifat rasis, tidak menghormati Perlembagaan dan sejarah negara dilucutkan serta-merta jawatan sebagai menteri atau timbalan menteri.

Ketua Penerangannya, Kamaruzaman Mohamad berkata, parti itu dilihat semakin menjadi beban terbesar kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sedang bergolak dengan pelbagai isu berpunca daripada sifat tamak ingin menguasai Malaysia.

“Isu sensitiviti agama, kedaulatan bahasa Melayu, bendera Malaysia, anti tulisan jawi dan mempromosikan ideologi Komunis, desakan usul Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (PBT), ICERD, Statut Rom dan pelbagai lagi tindakan, menjadi bukti kukuh dan jelas bahawa DAP semakin lancang di dalam merobek Perlembagaan negara.

“Golongan Melayu juga secara lantang dan terbuka memperkatakan cubaan DAP dalam melemahkan kepentingan orang Melayu.

Perkara-perkara ini menjadi sebab utama ramai pemimpin Melayu dalam kerajaan PH mula merasakan bahawa DAP adalah punca terbesar masalah PH,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamaruzaman berkata, bukan sesuatu yang menghairankan juga apabila DAP cuba mencabul sedikit demi sedikit Perlembagaan Malaysia sama ada melalui pemimpin atau NGO yang bernaung di bawah mereka.

“DAP juga dilihat menjadi faktor penolakan rakyat yang mengundi PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di mana pengundi ini telah beralih arah kepada pembangkang dan ini dibuktikan dalam beberapa siri pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini,” katanya.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...