Sunday, April 18, 2021

Lelaki putus cinta ‘serbu’ pejabat JAWI, berzikir atas pelamin

Terkini

Terkini Covid-19

Malaysia
372,859
Kes keseluruhan
Updated on Apr 18, 2021 @ 10:19 10:19
19,094
Total active cases
Updated on Apr 18, 2021 @ 10:19 10:19
352,395
Sembuh keseluruhan
Updated on Apr 18, 2021 @ 10:19 10:19
1,370
Jumlah kematian
Updated on Apr 18, 2021 @ 10:19 10:19

Seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa akibat putus cinta ‘menyerbu’ ke pejabat Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini hari ini.

Lelaki berkenaan masuk ke pejabat JAWI tanpa kasut dan dilaporkan terus pergi ruang majlis akad nikah sebelum duduk di pelamin sambil berzikir dan mengaji dengan suara yang kuat.

“Allahu. Ini kisah benar, bukan rekaan atau pun imaginasi novel cinta.

“Syukur, pihak keselamatan dapat tangani dengan hikmah. Difahamkan pemuda ini mengalami tekanan perasaan akibat putus cinta,” demikian tulis JAWI dalam entri Twitter rasminya hari ini.

JAWI turut berkongsi sekeping gambar memaparkan dua pengawal keselamatan dipercayai sedang memujuk lelaki berkenaan.

JAWI dalam entri berkenaan turut mendoakan agar lelaki berkenaan diberikan kesembuhan dan kemudahan untuk menghadapi ujian berat dalam hidupnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen mendoakan lelaki berkenaan segera pulih dan dapat kembali normal.- MalaysiaGazette

Artikel berkaitan