Jika ikut keputusan PRU lepas memang BN menang di Sabah. Mana-mana ADUN yang lompat kerana “takutkan” sesuatu boleh patah baliklah sekarang.
Pusat sudah tukar, tiada lagi tekanan politik tertentu.
……….
Kerajaan Johor telah bertukar.
Kerajaan Melaka baru saja bertukar.
Kerajaan Perak dan Kedah menunggu masa untuk bertukar.
Kerajaan Sabah?
Saya dimaklumkan ramai YB-YB Warisan tidak setuju dengan keputusan DS Shafie Afdal untuk menyokong kem Tun Dr Mahathir. Namun difahamkan kononnya DS Shafie tidak bawa mereka berbincang sebelum membuat keputusan.
Apakah akan berlaku “Langkah Sheraton” di Sabah?
Apakah kerajaan “Perikatan Nasional” akan terbentuk di Sabah?
Kami UMNO Sabah sentiasa mengikuti perkembangan seterusnya.
DARD
02.03.20
Tuaran