Tuesday, September 26, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

Lagi Seluas 31 ekar tanah Iskandar Malaysia dijual Kerajaan PH

Dua minggu dahulu, kerajaan PH Johor bersama Khazanah Nasional dan KWSP telah menjual tanah dengan keluasan 31 ekar di Iskandar Malaysia dengan harga RM61 juta (atau RM45 satu kaki persegi).

Pembelinya ialah syarikat swasta Paragon Globe Berhad.

Jual aset dan tanah kerajaan secara lambak itu memang kerja utama PH.

Tapi apa yang menarik ialah pengurus dan pemilik syarikat Paragon Globe merupakan keluarga jutawan yang bernama Datuk Tan Eng Boon.

Anak Datuk Tan, Tan Pei Seng dan Tan Pei Poh adalah Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengarah Eksekutif Kumpulan masing-masing.

Datuk Tan juga merupakan pemegang saham dalam syarikat itu.

Tahun lepas, Kerajaan PH pernah mendakwa Datuk Tan Eng Boon bersama Ahli Parlimen UMNO Putrajaya Tengku Adnan (Ku Nan) di atas tuduhan Datuk Tan memberi rasuah RM1 juta kepada Ku Nan.

Nov 2018: https://www.hmetro.com.my/utama/2018/11/395530/tengku-adnan-didakwa-rasuah

Masa itu, Datuk Tan mengaku tidak bersalah kerana dia tegaskan bayaran RM1 juta itu adalah derma politik – bukan rasuah.

Akan tetapi apabila kes ini mula dibicarakan di Mahkamah pada bulan September 2019 lalu, Datuk Tan tiba-tiba menukar pengakuan dia.

Dia kini mengaku bersalah memberi rasuah RM1 juta kepada Ku Nan.

Hakim (yang juga hakim sama untuk kes SRC saya) pun menjatuhkan hukuman ke atas Datuk Tan.

Datuk Tan didenda RM1.5 juta kerana rasuah tanpa dikenakan apa-apa hukuman penjara.

“Datuk Tan didenda RM1.5 juta”
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/497627/datuk-tan-didenda-rm15-juta

Datuk Tan membayar denda dan dibebaskan serta-merta.

Datuk Tan juga bertukar dari orang kena dakwa menjadi saksi pendakwaan terhadap Ku Nan.

Sept 2019 Tan to turn prosecution witness
https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/09/18/tan-to-turn-prosecution-witness

Masuk bulan Disember 2019, keluarga Datuk Tan pula diberi peluang secara senyap-senyap untuk membeli tanah Iskandar dari kerajaan PH dengan harga cuma RM45 satu kaki persegi.

https://www.edgeprop.my/content/1619806/paragon-globe-buys-31-acre-land-pulai-commercial-development

NOTA: Ini kes penjualan tanah Iskandar Malaysia yang berlainan dengan penjualan tanah hak milik kekal 200 ekar dengan harga RM35 satu kaki persegi kepada syarikat Eco World hari ini:

Najib Razak
16 Disember 2019

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...