Tuesday, September 26, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

Kongres Maruah Melayu sahkan Islam dan kepentingan Melayu/Bumiputera terhakis dibawah PH

Kongres Maruah Melayu yang berlangsung semalam mengesahkan segala dakwaan UMNO dan PAS selama ini, bahawa kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan kepentingan masyarakat Melayu dan Pribumi lain sedang terhakis di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Rumusan ahli akademik dan ahli politik biasa-biasa ini, turut diakui sendiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapan penutupnya. Walaupun Tun Mahathir cuba meletakkan kesalahan tersebut kepada orang Melayu dan UMNO, namun ia tidak dapat menafikan kelemahan kerajaan PH.

Menurut Tun Mahathir sikap orang Melayu sendiri yang menggadai kuasa yang diberikan, sehingga akhirnya maruah mereka dipijak dan dipandang hina bangsa lain. Jelasnya, orang melayu yang menjadi bangsa majoriti di negara ini sepatutnya bersatu, tetapi bangsa itu sudah berpecah kepada kumpulan kecil, sehingga tidak mampu menguasai walalupun separuh daripada sokongan rakyat.

Saya bersetuju gesaan Tun Mahathir agar orang Melayu dan Islam bersatu. Cumanya kita tertanya-tanya, Penyatuan Yang Bagaimana?

Secara rasionalnya, kumpulan kecil umat melayu/islam harus menyertai kelompok yang lebih besar.
Hari ini kumpulan terbesar orang melayu/Islam berada dalam gagasan Penyatuan Ummah.
Saya yakin UMNO dan Pas tiada masalah untuk menerima penyertaan Tun Mahathir dan PPBM ke dalam agenda besar umat melayu/islam ini.

Persoalannya, apakah Tun Mahathir sanggup berkorban jawatan dan kepentingan, bagi mengangkat semula kuasa umat melayu/islam di negara ini? Insha Allah jika Tun Mahathir jujur dan mahu melihat Melayu/Islam menjadi kuasa politik yang kuat, beliau tiada masalah berkompromi dengan UMNO dan PAS.

Masalah nya hari ini, Tun Mahathir hanya melihat dari sudut pandangan beliau sahaja. Ada pandangan beliau yang betul dan ada juga yang salah. Yang benar kita kena akui benar, namun banyak keputusan kerajaan PH hari ini telah menyebabkan orang Islam dan Melayu marah dan kecewa serta merasa terhina di tanahair sendiri…

Jika benar beliau jujur dan ikhlas, mahu kedudukan Melayu dan Islam dipulihkan dan diperkasakan, esok juga beliau boleh menubuhkan sebuah kerajaan baharu dengan kerjasama BN, Pas dan rakan2 dari Sabah dan Sarawak.

Namun UMNO dan Pas harus diberi peranan yang signifikan dalam memulihkan negara ini. Kita tidak mahu menjadi sekadar penumpang sahaja, sehingga menjejaskan kepentingan Islam dan masyarakat Melayu serta pribumi lain.

Buat masa ini pisau dan mentimun di tangan Tun Mahathir. Tetapi bila tiba pilihan raya akan datang, pisau ini sudah ditangan rakyat.

Terserahlah kepada Tun Mahathir untuk membuat keputusan, kerana buat masa ini majoriti orang melayu/islam sudah membuat keputusan menolak PH.

Oleh: Dato Seri Utama Haji Mohamad Hasan
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2740415302636189&id=118486628162416

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...