Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

Kita Akan Undi BN, Dr Wee Banyak Berjasa Kepada Penduduk Tanjung Piai – Pengundi

Pengundi-pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) P165 Tanjung Piai bertekad untuk memilih Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng memandangkan beliau seorang yang banyak pengalaman, mengenali masyarakat setempat dan tentunya akan dapat menyelami segala permasalahan penduduk.

Bagi penduduk Pekan Nenas Tengah, Mislimah Juri, 59, beliau mengharapkan Dr Wee iaitu calon Barisan Nasional(BN) untuk membawa suara rakyat ke Parlimen.

“Dr Wee banyak menunaikan dan melaksanakan janji-janjinya kepada masyarakat Tanjung Piai khususnya kepada petani-petani, nelayan dan juga kepada pelajar-pelajar sekolah.

“Bukannya macam Pakatan Harapan (PH) yang hanya pandai menabur janji dan tidak melaksanakannya. Rakyat semakin sengsara dengan pentadbiran PH yang caca marba.

“Kalau nak katakan BN ini bersifat perkauman, setahu saya BN bukannya rasis seperti yang dikatakan PH malah Dap lagi rasis dari BN,” ujar suri rumah itu.

Sementara itu Arop Hakim, 73, bekas kakitangan Majlis Daerah Pontian menyokong penuh Dr Wee Jeck Seng sebagai calon BN.

“Dulu beliau pernah menjadi wakil rakyat di sini tapi Dr Wee tewas pada PRU lepas dan sekarang kita cuba mengangkatnya kembali. Pengundi-pengundi Tanjung Piai akan memberi sokongan penuh pada beliau.

“Beliau pernah datang ke rumah saya dan melakukan tinjauan di Taman Sri Pekan semasa menjawat jawatan Ahli Parlimen bahkan jika ada masalah beliau akan cepat mengatasinya.

“Setahu yang saya tahu, Dr Wee ini bukannya bersifat perkauman. Beliau tidak pernah membeza-bezakan apa pun,” ujarnya.

Dalam pada itu Mohamad Syafizad Ramadhan, 26, seorang jurutera dari Kampung Sungai Kuali pula menyeru pengundi-pengundi Tanjung Piai khususnya yang berada di sini mahupun di luar kawasan agar balik mengundi dan memilih BN.

“Kita perlu menghantar ‘signal’ yang jelas menolak PH, tidak kira dari PPBM mahupun sebaliknya. Mereka (PH) sebenarnya tidak dapat melaksanakan janji-janji dan banyak kerosakan yang berlaku dalam waktu yang singkat.

“Walaupun Dr Wee berbangsa Cina, beliau adalah calon yang berwibawa. Kita perlu menyokong dan mengelakkan sebarang isu perkauman yang dimainkan oleh PH.

“Tidak kira agama apa, kaum apa … yang penting membawa satu dasar yang sama iaitu apa yang telah ditetapkan oleh Muafakat Nasional.”

Syafizad turut membidas PH yang sering memanipulasi sesuatu perkara hinggakan pencalonan MCA sebagai wakil BN turut menjadi mangsa politik mereka di mana PH pernah mengatakan jika PRK ini UMNO menjadi wakil maka tiada Muafakat Nasional tetapi apabila mencalonkan MCA, UMNO tiada kuasa di sini.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...