Sunday, April 2, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Kerajaan Tanpa Parti Bersifat ‘One Man All Powerful’, Ciri Republik, Diktatorial, Autokrasi- Annuar

Kerajaan tanpa parti adalah penghinaan kepada keupayaan Pakatan Harapan (PH) dan pengesahan bahawa PH tidak mampu baiki negara, tegas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Namun begitu katanya, kerajaan tanpa parti lebih berbahaya kerana ia bersifat ‘one man all powerful’ dan menuju ciri-ciri republik yang bersifat diktatorial serta autokrasi.

“Kemuncak kepada kerajaan ‘kakistocracy’ membaiki labu ialah cadangan pembentukan kerajaan tanpa parti, setelah dirosakkan ekonomi, perpaduan kaum, hutang negara, dasar cukai, Islam, aset negara, institusi Melayu dan lain-lain, akhirnya rosak diri sendiri.

“Yang di-Pertuan Agong dipohon jangan biarkan bencana politik begini berlaku,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata demikian dalam ciapan menerusi Twitternya ekoran kemelut politik negara yang tercetus sejak Isnin lepas apabila Dr Mahathir meletak jawatan dan kemudian beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Interim oleh Yang di-Pertuan Agong iaitu kira-kira enam jam selepas menyerahkan surat perletakan jawatan.

Kata Annuar, oleh kerana sekarang tiada perdana menteri dan tiada kerajaan serta Perdana Menteri Interim bukan merupakan ketua mana-mana parti, malah tidak lagi mendapat sokongan majoriti, wajarlah ketua-ketua parti utama yang ada suara di parlimen bertemu dan mencari jalan keluar kerana keadaan sudah parah.

“Dalam keadaan sekarang ‘option’ hanya… kembalikan kuasa kepada rakyat, bubar Parlimen dan dalam masa 60 hari adakan Pilihan Raya Umum (PRU).

“Paling cepat PRU akan diadakan dalam masa tiga bulan… paling lama tiga tahun dan Muafakat Nasional sudah sepakat untuk kuasa diserah kepada rakyat. Pohon bubar Parlimen… kita terus berjuang sebagai pembangkang biarpun susah… kerajaan ‘kakistocracy’ sudah tumbang.

Semalam Dr Mahathir dalam perutusan khas ke seluruh negara memaklumkan salah satu sebab utama beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri ialah kerana tidak dapat menerima jika parti UMNO menyertai kerajaan campuran yang mungkin diwujudkan.

“Semakin jelas punca masalah iaitu dari marah pada individu, kini marah pada parti… kenapa? Sebenarnya kerana parti telah menarik balik sokongannya.Tapi bukan saja marah kepada parti lawan, parti sendiri pun dia marah dan letak jawatan. Akhirnya nak buat kerajaan tanpa parti.”

Terang beliau, Muafakat Nasional bersedia membuat ‘engagement’ dengan parti-parti lain khasnya yang mewakili pelbagai kaum di Semenanjung untuk bekerjasama ke arah PRU-15.

“Untuk Sabah dan Sarawak Muafakat Nasional menggunakan pendekatan berbeza dengan memberi outonomi penuh kepada mereka selari dengan semangat MA63,” katanya lagi.

Terdahulu, Muafakat Nasional melalui Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) telah sepakat bertegas menolak sebarang gabungan yang membabitkan Dap dan mahukan Parlimen dibubarkan selain menganggap pembentukan ‘unity government’ secara prinsipnya banyak bercanggah dengan dasar-dasar yang telah ditetapkan. – UMNO Online

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...