Friday, June 2, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Kerajaan Perlu Pandang Serius Kepentingan Rakyat Yang Terlibat Dalam ‘Gig Ekonomi’

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Gabungan Anak Muda Malaysia hari ini menggesa agar kerajaan memandang serius soal yang membabitkan perkara-perkara yang berkaitan ‘Gig Ekonomi’ sepertimana yang berlaku terhadap ‘rider’ Foodpanda.

Dalam satu sidang media hari ini, Pengerusinya Mohd Faizal Supar berkata kerajaan perlu membantu mereka secepat mungkin dan bukannya mengeluarkan pelbagai kenyataan yang mengelirukan daripada pemimpin yang ada hari ini.

“Saya lihat isu ini yang kita nampak mengelirukan orang ramai… kasihan kepada pekerja Foodpanda yang mana itulah sumber pendapatan mereka untuk keluarga, dan kalau kerajaan dapat membantu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka secepat mungkin. Saya nampak sekiranya benda ini tidak boleh diselesaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq maka Nik Nazmi adalah orang yang paling layak menggantikan beliau sebagai menteri,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden Gabungan Anak Muda Malaysia, Fairuz Jamaluddin pula berkata kerajaan perlu memandang serius perkara berkenaan dan mencadangkan agar diwujudkan akta atau sebagainya dalam usaha menjaga kepentingan mereka yang terlibat dalam industri tersebut.

“Kita tidak ada lagi akta sebagai contoh yang jelas… akta yang menjaga francais antara francaisor dan francaisi tetapi ‘Gig Ekonomi’ di Malaysia walaupun baru tetapi ianya berkembang pesat. Contoh Foodpanda dikatakan ada 13,000 ‘rider’. Itu baru Foodpanda.

“Kalau kita ambil Gig Ekonomi yang lain adalah ‘Grab Food’, ‘Grab Car’ dan mereka ini semuanya tidak ada ‘legal binding’ dengan majikan. Jadi kita cadangkan kerajaan agar anggap perkara ini serius dan dibawa betul-betul ke kabinet,” ujarnya.

Ujarnya lagi kerajaan perlu ambil tindakan proaktif dan drastik supaya perkara ini tidak terjadi lagi.

“Hak-hak sebagai seorang ‘rider’ Foodpanda ataupun terbabit dalam Gig Ekonomi ini perlu kita jaga supaya ekonomi yang baru ini dan cara untuk mendpatkan pendapatan dapat kita suburkan lagi.

“Saranan kita nak beri kepada Tun Mahathir, kerana dah banyak kes yang melibatkan Syed Saddiq ini sebagai Menteri Belia dan Sukan… maka kita minta beliau letak jawatan dan digantikan dengan Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi.”

Bagi Presiden Nadi Rakyat Wilayah Persekutuan, Mazlan Abdul Latif pula melihat Syed Saddiq begitu banyak berjanji termasuklah dalam soal yang melibatkan ‘rider’ Food Panda.

“Harap YB Syed Saddiq bantulah ‘rider’ ini… Kita tengok beliau kata nak bincang dalam kabinet hari ini tetapi Tun Mahathir kata dalam kabinet tidak ada perbincangan. Lepas tu cakap pula Foodpanda ini jangan angkuh.

“Sepatutnya YB ini berjumpa dengan pengusaha Foodpanda dan bincang elok-elok kalau betul-betul nak bantu. Ini syarikat orang, beliau tidak ada hak untuk gangu-gugat ‘business’ pihak lain. Kalau betul-betul nak bantu selidiklah betul-betul,” ujarnya. – UMNO Online

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...