Friday, June 2, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Kerajaan benar penanaman ganja

PUTRAJAYA – Kerajaan akan membenarkan penanaman hem iaitu pokok dari spesies ganja bagi tujuan penyelidikan industri namun kebenaran itu tertakluk mengikut Seksyen 6B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya sedang menunggu kertas cadangan daripada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

“Ya. Kita sedang (beri izin). Menteri Kesihatan mempunyai kuasa untuk memberi izin kepada pegawai awam untuk bagi tujuan tersebut.

“Ini bergantung kepada dapatan kajian oleh kementerian terbabit mengikut garis panduan ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kongres Saintifik Tahunan Persatuan Perubatan Toksikologi Asia Pasifik di sini hari ini.

Menurutnya, kementerian berhati-hati dalam perkara tersebut kerana bimbang disalah guna pihak tidak bertanggungjawab.

“Kita tahu ramai yang teruja tetapi kami tidak mahu jadi penghalang. Kita mahu memudah cara. Dalam Kabinet pun saya sudah membincangkan perkara ini,” katanya.

Seksyen 6B (2) menjelaskan tiada apa-apa yang boleh menghalang menteri daripada memberi kuasa kepada mana-mana pegawai awam untuk menanam ganja dari candu mentah, daun koka, jerami atau ganja boleh diperoleh sama ada secara langsung atau tidak langsung, di tempat dan atas terma dan syarat yang dinyatakan dalam kebenaran untuk tujuan penyelidikan, pendidikan, eksperimen atau perubatan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Program Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Ramli Zainal berkata, penanaman hem hanya untuk pengeluaran serat sahaja.

“Mereka akan mengkaji serat hem untuk kegunaan industri kosmetik dan makanan,” katanya.

Menurutnya, KKM sudah menyediakan garis panduan tertentu untuk mengawal penanaman hem bagi tujuan itu.

“Hanya tujuan industri hem sahaja dibenarkan, bukan perubatan,” katanya.

Semalam, pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram, Mohd Shaid Rosli sekali lagi menggesa kerajaan negeri mempertimbangkan cadangan tanaman ganja.

Pada 20 Mac lalu, Mohd Shaid menggamatkan Sidang DUN dengan usul cadangan itu bagi tujuan perubatan.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...