DYMM Yang Di Pertuan Agong akan bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim memeriksa jumlah sokongan yang beliau ada.
Kemudiannya YDPA akan berjumpa Dr Mahathir sekali lagi. Saya menjangkakan angka sokongan ke atas Dr Mahathir sebanyak 131 Ahli Dewan Rakyat tidak akan berkurangan, malah mungkin bertambah.
Jika itu berlaku Tuanku akan membenarkan Dr Mahathir membentuk kerajaan baharu.
Berbalik kepada Anwar Ibrahim. Ini bukan kali pertama beliau mendakwa ada ‘numbers’ untuk menjadi kerajaan.
Pada Ogos 2008 satu pilihan raya kecil Permatang Pauh telah didakan hanya beberapa bukan selepas PRU-12. Wan Azizah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen bagi membolehkan Anwar bertanding dan memulakan proses mencabar jawatan Perdana Menteri melalui sokongan Ahli Parlimen.
Anwar menang PRK tersebut dan memulakan usaha mendapat sokongan ahli Parlimen kedua-dua belah pihak.
Pada September 2008 Anwar mendakwa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen, termasuk 30 orang dari UMNO, bagi menjatuhkan Barisan Nasional.
Beliau gagal mengemukakan bukti sokongan tersebut kepada YDPA walaupun selama beberapa bulan berusaha mengumpul sokongan tersebut.
Maka sejarah tercatat antara pelopor usaha penubuhan kerajaan baharu melalui dewan rakyat ialah Anwar Ibrahim sendiri.