Friday, June 2, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Kepulangan abu komunis… dakyah yang disampaikan secara ‘halus’?

Orang Cina jangan lupa kejamnya Chin Peng pada mereka.

Pada 12 Julai 1973 kira-kira jam 9 malam, enam pengganas komunis telah merempuh masuk ke dalam rumah seorang pegawai polis bernama ASP Chin Chin Kooi di Serdang, Kedah.

Kesemua mereka melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah Chin Kooi hingga menyebabkan beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir – di depan keluarganya sendiri.

Dosa Chin Kooi di mata komunis adalah kerana pegawai polis itu amat aktif menyiasat dan membongkar kegiatan Parti Komunis Malaya (PKM) khususnya dalam ‘Gerakan Sedar’ di negeri itu.

Kegigihan dan kesungguhan Chin Kooi yang berjaya memusnahkan beberapa tempat persembunyian anggota PKM di kawasan Serdang dan Hutan Relau telah menyebabkan kumpulan itu nekad untuk mengakhiri riwayatnya.

Tiga bulan selepas itu, Detektif Sarjan Chong Kek Oh pula ditembak oleh anggota-anggota PKM di Sungai, Siput, Perak. Tahun yang sama juga menyaksikan mereka menembak mati Timbalan Penguasa Polis, Wong Lin Hoon di Kuala Lumpur.

Pada 3 Januari 1974, PKM bertindak membunuh Detektif Konstabel Lee See Kaw di Malim Nawar, Perak diikuti pembunuhan terhadap Detektif Sarjan Lee Yoon Chin pada 20 April 1974 di Melaka. Empat hari kemudian, Detektif Konstabel Ong Soon Chua mati ditembak di Chemor, Perak.

Pada 13 November 1975, Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong pula telah dibunuh di Ipoh semasa berada di dalam kereta. Kejadian tersebut turut meragut nyawa pemandunya Sarjan Yeung Peng Cheong.

Ini hanyalah secebis kisah bagaimana pegawai dan anggota polis berketurunan Cina yang mati dibunuh oleh PKM, itu belum dicampur daripada pasukan tentera.

Namun kita semalam dikejutkan dengan berita di mana lebih 150 orang yang hampir kesemuanya berketurunan Tionghua, dengan bangganya telah membawa balik abu mayat bekas setiausaha agung PKM, Chin Peng dari Thailand sebelum menaburnya ke laut dan gunung di tanah kelahirannya.

Penyelaras kumpulan berkenaan, Chan Kan Fook berkata, separuh daripada abu Chin Peng ditaburkan di laut berhampiran Lumut, Perak dan sebahagian lagi di kawasan hutan banjaran Titiwangsa.

Bagi memenuhi hasrat terakhir Chin Peng, kumpulan itu membawa abu mayatnya melalui tempat asalnya di Sitiawan dan kubur ibu bapanya di Lumut sebelum menabur abu tersebut di laut dan hutan.

“Biarlah dia kembali ke laut dan gunung di tanah airnya, biarlah dia selamanya dengan kawan-kawannya yang berkorban untuk negara ini,” kata Kan Fook.

Begitu bangga nampaknya Kan Fook bercerita tentang kejayaan ‘mengembalikan’ abu mayat Chin Peng ini.

Namun sedar tak Kan Fook dan rakan-rakannya itu, bangsa merekalah antara yang paling ramai dibunuh oleh PKM waktu pengganas-pengganas itu bermaharajalela!

Kalau dilihat pada sejarah ketika era Perang Dunia Kedua, kebanyakan kaum Cina di Tanah Melayu mendiami pinggir hutan bagi melarikan diri daripada pemerintahan Jepun yang kejam terhadap mereka.

PKM yang banyak bergerak di kawasan hutan tidak teragak-agak menyeksa dan membunuh kaum ini yang enggan membantu atau membekalkan maklumat serta makanan pada mereka.

Justeru, tidak hairanlah keganasan komunis pada darurat pertama (1948-1960) banyak direkodkan di negeri yang mempunyai populasi Cina teramai seperti Perak, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan berbanding di negeri majoriti Melayu seperti Kedah, Melaka, Kelantan dan Terengganu.

Kekejaman tidak berperikemanusiaan PKM terhadap kaum Cina ini direkodkan pasukan keselamatan dan disaksikan pekerja estet. Kaum Cina diseksa akibat enggan bekerjasama malah penyeksaan lebih teruk dibuat kepada mereka yang secara terang-terangan menentang perjuangan PKM seperti guru, profesional dan ahli perniagaan.

Untuk rekod, sepanjang zaman darurat dari 16 Jun 1948 hingga 31 Julai 1960, sejumlah 2,473 orang awam dibunuh oleh komunis dan 1,385 orang dicederakan.

Di pihak pasukan keselamatan pula, sejumlah 1,865 nyawa terkorban dan 2,560 orang dicederakan.

Justeru kita hairan, bagaimana ada orang Cina seperti Kan Fook dan rakan-rakannya boleh bertindak sebegitu ‘mulia’ untuk membawa balik abu lelaki yang pernah mengotorkan tangannya dengan darah orang-orang bangsanya sendiri.

Apapun kita jangan terperangkap dengan permainan sebegini.

Jangan hanya kerana kebiadapan Kan Fook dan rakan-rakannya telah menyebabkan kita sewenang-wenangnya menuduh orang-orang Cina lain juga bersekongkol dengan mereka.

Ini kerana majoriti orang Cina masih menolak fahaman komunis dan kita percaya sentimen itu akan kekal sampai bila-bila.

Cuma kita jangan sama sekali terleka kerana senjata utama komunis ketika ini bukan terletak pada senjata, tetapi pada pemikiran dan dakyah-dakyah yang disampaikan secara ‘halus’ apatah lagi dalam era segalanya di hujung jari ini.

Ingat, dalam usaha untuk mengembangkan pengaruh komunis, memecahbelahkan perpaduan yang kita ada juga merupakan ramuan dan resipi mereka.

Tiada yang lebih menggembirakan PKM selain melihat kita sesama kaum mencurigai antara satu sama lain.

Bagi mereka, matlamat akan menghalalkan segala cara.

Di akhirnya, PKM hanya letak senjata – tetapi tidak pada cita-cita!

MalaysiaGazette

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...