Saturday, June 10, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

‘Kenyataan sinis Saifuddin gambaran sikap kurang ajar pada Dr M’

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menyifatkan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution bersikap kurang ajar terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang juga pengerusi Bersatu dan PH.

Ia susulan kenyataan sinis Saifuddin, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, bahawa Presiden PAS Abdul Hadi Awang hanya menyokong Mahathir selepas “pemimpin kleptokrat kesayangannya” – merujuk kepada bekas perdana menteri Najib Razak – kalah dalam PRU ke-14.

“Kenyataan sinis beliau yang juga seorang menteri kabinet terhadap Mahathir, iaitu perdana menteri, adalah gambaran suatu perbuatan ‘kurang ajar’ seorang yang dilantik terhadap orang yang dilantiknya.

“PAS yang mempunyai 18 anggota parlimen berhak membuat pendirian menyokong Mahathir sebagai perdana menteri sehingga habis penggal dan dalam masa sama menolak sebarang usaha dan cita-cita individu tertentu yang berhasrat menjadi perdana menteri kelapan dalam penggal ini,” katanya dalam kenyataan.

Walaupun tidak menyebut secara khusus, namun beliau dipercayai merujuk kepada Presiden PKR Anwar brahim.

Mahathir telah berjanji untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar, seperti dipersetujui PH sebelum PRU ke-14, tetapi tidak memberikan garis masa yang khusus untuk peralihan itu.

Terdahulu, Hadi menegaskan PAS tetap dengan pendirian agar Mahathir kekal sebagai perdana menteri sehingga tamat penggal PRU ke-14, meskipun terus menerus diasak untuk melepaskan jawatannya.

Kata Takiyuddin lagi, Saifuddin wajar meletakkan jawatannya dalam kabinet jika tidak sekata dengan perdana menteri.

Terdahulu hari ini, Saifuddin diminta mengulas langkah PAS yang menyuarakan sokongan agar Mahathir kekal sebagai perdana menteri sehingga habis penggal ini.

Dalam jawapannya, beliau berkata semua pemimpin PH telah menyokong Mahathir sejak sebelum PRU ke-14, di saat PAS menyerang pengerusi Bersatu itu.

“Berbeza dengan Hadi, hanya nampak kelebihan Tun (Dr Mahathir Mohamad) selepas pemimpin kleptokrat kesayangannya sudah hilang kuasa. Bahkan Hadi waktu itu anggap Tun hanya layak uruskan klinik, bukan negara.

“Hadi tidak perlu tunjuk jaguh untuk mengajar pemimpin PH berenang,” katanya dalam kenyataan media kepada Malaysiakini, hari ini.

Saifuddin juga berkata perpaduan dan persefahaman dalam PH “begitu padu”, dengan sebarang isu dibincang dengan baik, tanpa “tekan-menekan seperti membawa undi tak percaya yang dicadangkan oleh Hadi.”

Takiyuddin bagaimanapun menyifatkan kenyataan itu sebagai melucukan dan berkata semua pihak dapat melihat perebutan kuasa dalam PKR yang kian memburuk.

“Beliau sepatutnya menumpukan usaha menyelesaikan segala ribut dan taufan di dalam partinya daripada bertindak menyerang parti pembangkang yang bukan menjadi urusannya,” katanya lagi.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...