Tuesday, September 26, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

#PRKTanjungPiai: Kempen Rasis Guan Eng Perlekeh Penjawat Awam Harus Dibantah – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 12 Nov – “Nampaknya Pakatan Harapan (PH) sememangnya begitu prejudis kepada penjawat awam dan matlamat mereka untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam sebagaimana yang sering diuar-uarkan oleh pimpinan Dap termasuk Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Tony Pua hampir menjadi kenyataan.”

Demikian tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi laman facebook beliau, hari ini sebagai maklum balas kepada ucapan Menteri Kewangan, Guan Eng dalam kempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

“Saya tidak faham kenapa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng begitu memusuhi dan amat prejudis terhadap penjawat awam. Dalam ceramah beliau semalam, Guan Eng masih meneruskan serangan sinisnya terhadap 1.6 juta kakitangan awam yang hakikatnya enjin terpenting menggerakkan pentadbiran kerajaan di semua peringkat selama ini.

“Sudahlah sejak Kerajaan PH ambil alih, mereka menafikan hak Penjawat Awam untuk menerima 2 Kenaikan Gaji melalui Pergerakan Gaji Tahunan biasa dan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Khas seperti yang dijanjikan oleh Kerajaan pentadbiran BN pada sebelum PRU-14 atas alasan kekurangan peruntukan yang besar untuk membiayai kenaikan gaji ini,” katanya.

Lebih mendukacitakan terang beliau, apabila pimpinan PH berkali-kali menyatakan bahawa bilangan penjawat awam terlalu besar dan perlu dikecilkan seperti kenyataan YAB Tun Dr Mahathir bahawa pertambahan seramai 700,000 kepada 1.7 juta orang sejak beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri pada 2003.

“Manakala YB Tony Pua pernah menggelarkan penjawat awam sebagai ‘biawak hidup’ kerana bilangan yang besar dan menelan belanja sehingga 36 peratus dari keseluruhan Belanjawan 2017.

“Kerajaan Pentadbiran PH juga berhasrat ingin mengecilkan saiz penjawat awam melalui Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam bertajuk ‘Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam’ bertarikh 26 Disember 2018 yang menjelaskan bahawa Kerajaan PH akan menjalankan langkah rasionalisasi penjawat awam dengan mengurangkan kakitangan sebanyak 1 peratus dari 1.7 juta penjawat awam atau 17,000 jawatan pada tahun ini, 2019.

“Sebanyak 2 peratus atau 34,000 lagi pada tahun 2020 dan 51,000 lagi atau 3 peratus pada 2021.”

Jelas beliau, perkara ini bakal meningkatkan beban kerja penjawat awam sedia ada malah boleh menjejaskan keseimbangan antara kehidupan dan kerjaya.

“Apa pandangan semua?” soal beliau. – UMNO ONLINE

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...