Saturday, June 10, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Kemelut Polemik Keruntuhan PH Beri Kesan Kepada Pentadbiran Kerajaan Negeri

ALOR SETAR, 27 Feb – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kemelut politik yang melanda kerajaan pusat kini sebenarnya memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan negeri.

Jelas beliau, akibat daripada Pakatan Harapan (PH) hilang majoriti mudah dalam mentadbir negara maka beberapa negeri di bawah PH juga kini terkontang-kanting.

“Buat pertama kali dalam sejarah negara Malaysia kemelut politik kerajaan pemerintah yang tiba-tiba terlucut kuasa pemerintahan akibat jumlah kerusi majoriti mudah hilang disebabkan penarikan PPBM dari PH yang telah menyebabkan beberapa negeri PH juga tidak cukup kerusi.

“Keadaan ini timbul kerana krisis kemelut kuasa memerintah yang sah di sudut Perlembagaan Negara dan Negeri. Kedah juga termasuk dalam senarai negeri yang sudah hilang majoriti mudah. Kedah sejak PRU-14 mempunyai jumlah yang sama 18-18 cuma seorang ADUN telah melompat akhirnya menyebabkan PH dapat mentadbir negeri ini.

“Tapi hari ini PH kekal tadbir kerajaan negeri Kedah apabila PPBM tiba-tiba bersetuju untuk berkerjasama dengan PH dan jadilah kerajaan negeri yang ditadbir secara bersama PH dan PPBM. Namun sepatutnya bagi menentukan konflik pemerintah ini adalah lebih baik ia dipulangkan kepada rakyat bagi menentukan parti mana yang layak mentadbir negeri ini,” ujar beliau menerusi satu kenyataan media.

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Kedah Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri pula berkata, pucuk pimpinan negeri ini sebenarnya hanya berubah pada nama tetapi watak, keupayaan dan kepimpinan masih sama.

“Apa faedah kepada rakyat? Siapa yang untung sebenarnya? Rakyat tidak untung apa-apa, mereka dijadikan taruhan oleh orang politik yang mahu kekalkan kuasa mereka.

“Sama seperti hampir dua tahun lepas, rakyat Kedah tidak merasai kebaikan terhadap kerajaan PH yang dahulu dan lebih teruk akan dirasai sekarang ini dengan kerajaan PH-PPBM.

“Lebih perit, apa yang akan dirasai rakyat Kedah adalah ketidak stabilan kerana gabungan baru ini akan berperang, berpolemik dan konfrontasi sesama mereka. Ya, nampak seperti gabungan tetapi gabungan baru ini kita ketahui tidak akan kekal dan sangat rapuh… yang untung pastilah Menteri Besar, Exco yang kekal jawatan dan kuasa, pangkat dan gaji yang tinggi,” bidas beliau lagi. – UMNO ONLINE

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...