Tuesday, June 6, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Kematian Adib: Apa DAP lakukan untuk keadilan soal MCA

Naib Presiden MCA, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker hari ini mempersoalkan apa yang dilakukan oleh DAP untuk menegakkan keadilan terhadap kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Menurut Lian Ker, DAP berkempen secara besar-besaran beberapa tahun demi ‘keadilan Untuk Teoh Beng Hock’ sehingga diwujudkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat kematian Setiausaha Politik kepada Exco Selangor itu.

Menurut Lian Ker, Muhammad Adib dicederakan dan meninggal sementara menjalankan tugas sebagai anggota bomba.

Lian Ker berkata, kematian Muhammad Adib jelas menunjukkan berlaku kekasaran dan allahyarham telah diserang.

Sementara, Beng Hock menurut Lian Ker, meninggal semasa dalam lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam suasana yang tak jelas dan tiada sebarang bukti menunjukkan berlaku kekasaran dan penjenayahan.

“DAP berkempen secara besar-besaran beberapa tahun demi ‘Keadilan Untuk Beng Hock ‘ sehingga diwujudkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat punca kematian Beng Hock.

“Apakah tindakan DAP untuk memberi keadilan pada Muhammad Adib selama ini setelah menjadi parti pemerintah? tanya Lian Ker.

Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Muhammad Adib mengalami kecederaan parah setelah diserang oleh beberapa individu yang belum dikenal pasti dalam satu rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada 27 November lalu.

Setelah bertarung nyawa selama 21 hari, Muhammad Adib akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya pada 17 Disember lalu.

Sementara Beng Hock pula ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, tempat terletaknya ibu pejabat SPRM Selangor pada pagi 16 Julai 2009.
Tahun lepas, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh mendesak agar kes kematian Beng Hock segera dibuka semula.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin pada 25 Oktober 2018 berkata, permohonan untuk membuka semula siasatan kes Beng Hock masih di pejabat Peguam Negara.

Pada 7 Januari 2011, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian Beng Hock.

Pada 21 Julai 2011 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan bahawa Suruhanjaya Diraja Siasatan kematian Teoh Beng Hock mendapati setiausaha politik DAP itu membunuh diri.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...