Saturday, June 10, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

‘Keldai akaun’ taktik sindiket jenayah siber

SHAH ALAM – Membeli akaun bank pihak ketiga antara modus operandi sindiket jenayah siber membuatkan kegiatan jenayah tersebut terus menjadi ancaman di negara ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJK ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Asisten Komisioner Fazlisyam Abd Majid berkata, kaedah itu mewujudkan fenomena ‘keldai akaun’ membolehkan ia menjadi tempat pemindahan wang diberikan mangsa.

Menurutnya, selain membeli akaun, sindiket juga bertindak menipu pemilik akaun untuk meminjam akaun sebaliknya menggunakannya untuk tujuan jenayah.

“Sehingga September tahun ini seramai 3,175 pemilik akaun yang digunakan telah ditahan dan seramai 2,296 telah dituduh di mahkamah.

“Sekiranya keldai akaun ini dapat dihapuskan, saya percaya kegiatan jenayah siber dapat diatasi,” katanya pada Wacana Sinar Siri 140: Keselamatan Siber: Bagaimana mempertahankan diri di Dewan Karangkraf, Seksyen 15 di sini malam tadi.

Turut menjadi panelis, Ketua Jabatan Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCERT), CyberSercurity Malaysia, Megat Muazzam Abdul Talib dan Pengerusi Pusat Keselamatan Siber Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Siti Norul Huda Sheikh Abdullah.

Mengulas lanjut, Fazlisyam berkata, penipuan melibatkan pinjaman tidak wujud, panggilan telefon, pembelian dalam talian dan ‘love scam’ adalah empat kegiatan yang menjadi ancaman di negara ini.

Katanya, masyarakat perlu lebih peka dan mempunyai kesedaran tinggi tentang modus operandi sindiket mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

“Sekiranya mangsa sedar mereka ditipu buat laporan polis segera, dari situ kita nilai sama ada ia betul penipuan atau prasangka.

“Tak jadi kesalahan jika mempunyai salah sangka dan buat laporan polis. Polis akan terima apa isu yang dilaporkan,” katanya.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...