Tuesday, September 26, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

Keadaan Iman sukarkan proses ambil telur untuk IVF

KOTA KINABALU: Peluang badak sumbu Sumatera terakhir Malaysia sembuh bagi menjalani proses pengambilan telur (ovum) untuk pembiakan secara in-vitro (IVF) sukar, berikutan keadaannya yang semakin tenat.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS), Augustine Tuuga, menyatakan walaupun mamalia betina dikenali sebagai Iman itu masih mengeluarkan telur, namun keadaan kesihatannya boleh menjadi semakin buruk, jika proses pengambilan telur dilakukan.

“Melihat keadaanya yang semakin tenat, kita tidak sampai hati untuk melakukan proses pengambilan telur kerana kita bimbang menyebabkan kesakitan dialaminya bertambah teruk dan mungkin tidak dapat bertahan.

“Setakat ini, peluang untuk Iman menjalani proses itu tipis. Namun, kita berdoa agar keadaan kesihatannya dapat dipulihkan menerusi proses rawatan yang dilakukan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Iman yang dianggarkan berumur 25 tahun kini berada dalam penjagaan rapi veterinar hidupan liar di Santuari Badak Borneo, Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, di Lahad Datu.

Mengulas lanjut, Augustine berkata, pakar dari Jerman yang melakukan proses pengambilan telur Iman sebelum ini, bersedia dipanggil semula bagi mengulangi proses itu jika keadaan kesihatan Iman bertambah baik.

Telur atau ovum mamalia itu berjaya dikeluarkan pakar terbabit pada akhir September lalu, namun ia gagal disenyawakan melalui teknik IVF disebabkan sperma atau benih daripada badak jantan yang digunakan dalam proses itu kurang berkualiti.

Ia menggunakan sperma daripada badak jantan dikenali sebagai Tam yang diambil dan disimpan sebelum badak berkenaan mati, akibat usia tua dan kegagalan organ dalaman pada Mei lalu.

Pada masa yang sama, Augustine menyatakan harapannya agar Indonesia dapat memberikan maklum balas segera berhubung rancangan untuk menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) pembiakan badak.

MoU itu antara lain berkaitan persetujuan bagi membolehkan benih badak Sumatera jantan dari Indonesia digunakan untuk disenyawakan dengan telur Iman menerusi teknik IVF.

Ia turut merangkumi MoU berkaitan penggunaan ibu tumpang badak betina Indonesia bagi menempatkan embrio yang berjaya dihasilkan, memandangkan keadaan kesihatan Iman tidak membolehkan ia bunting.

“Kalau Indonesia tidak memberikan maklum balas, kita tidak dapat berbuat apa-apa tetapi kita tetap berusaha dan berharap MoU yang dirancang itu dapat dilaksanakan secepat mungkin. Sebenarnya MoU itu bukan saja berkaitan Iman, malah adalah lagi aspek lain yang berhubung kait dengan pemeliharaan badak,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan negeri yang diketuai Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew mengadakan pertemuan dengan Indonesia berkaitan perkara itu, namun belum ada perkembangan lanjut.

Semalam, Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, menjelaskan keadaan Iman semakin tenat disebabkan ketumbuhan atau tumor dalam uterusnya yang dikesan sebelum ini, semakin membesar hingga menyebabkan selera makannya menurun hingga berat badan menyusut.

Pada awal tahun lalu, Iman dilapor mengalami pendarahan dalam rahim akibat tumor, namun berjaya dikawal sebelum ia dilaporkan membesar semula berikutan keadaan kesihatannya yang merosot sejak kebelakangan ini.

Iman yang ditangkap di hutan Lembah Danum sebelum dipindahkan ke Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin di Lahad Datu pada Mac 2014 ialah badak sumbu Sumatera terakhir yang dikesan di hutan negeri ini.

Pada Jun 2017, seekor badak betina dikenali sebagai Puntung terpaksa diberi suntikan maut selepas lama menderita akibat barah sel skuamus atau kanser kulit, selain sukar bernafas.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...