Saturday, June 10, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Jumpa Azmin untuk bincang dasar ekonomi – Maria Chin

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah berkata pertemuan antara ahli parlimen PKR dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali petang tadi di parlimen hanyalah bagi membincangkan dasar ekonomi negara.

Maria merupakan antara ahli parlimen PKR yang hadir perjumpaan itu.

“Kami hanya mengadakan perbincangan biasa mengenai dasar ekonomi, tidak berkaitan dengan dengan PKR.

“Dasar ekonomi bukan politik? Tentu saja, ia adalah politik, tetapi bukan mengenai parti.

“Takkan kami tidak boleh bercakap dengan menteri ekonomi tanpa digembar-gemburkan? Cuma ia berlangsung selepas perjumpaan (Azmin dan ahli parlimen BN) malam tadi. Tetapi saya tidak ada di sana (di kediaman Azmin malam tadi),” kata Maria kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Perjumpaan antara Azmin dan ahli parlimen PKR hari ini diadakan di bangunan sementara parlimen.

Selain Maria, Malaysiakini juga melihat Ahli Parlimen Nibong Tebal Mansor Othman, Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin, Ahli Parlimen Batu Pahat Rashid Hasnon dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin (Ahli Parlimen Ampang).

Perjumpaan itu berlangsung kurang dari 24 jam selepas Azmin bertemu dengan lebih 20 anggota Parlimen BN, termasuk bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein, di kediamannya di Putrajaya malam tadi.

Perjumpaan Azmin semalam menimbulkan kontroversi susulan ia diadakan selepas kekalahan besar PH dalam pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai pada hari Sabtu, yang menyebabkan beberapa pihak menuding jari kepada kepimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Timbul speklulasi sebelum ini yang mengatakan bahawa Dr Mahathir cenderung memilih Azmin untuk menggantikannya sebagai perdana menteri meskipun Dr Mahathir dan Presiden PKR Anwar berulang-kali memberi jaminan bahawa pelan peralihan kuasa akan diteruskan seperti yang dirancang.

Sebelum ini, sekretariat Pakatan Harapan juga menuduh Hishammuddin cuba membentuk kerajaan baru tanpa DAP dan Amanah. Hishammuddin bagaimanapun menafikan tuduhan itu.

Azmin sebelum ini berkata perjumpaannya dengan wakil rakyat pembangkang semalam hanya perjumpaan biasa dan beliau “tidak ingat” pihak yang memanggil mesyuarat itu.

“Ini mesyuarat biasa. Tidak ada perkara yang luar biasa. Ini mesyuarat biasa dan saya ambil sikap terbuka. Mana-mana pihak yang ingin bertemu dengan saya, saya akan bertemu,” kata Azmin.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pula mendakwa bahawa ahli parlimen Umno berjumpa dengan Azmin untuk membincangkan penyaluran projek-projek kerajaan untuk kawasan mereka.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...