Friday, June 2, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Jijik sungguh hati Tun M suruh bubar UMNO

Tanggapan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa UMNO dan rohnya sudah tiada dikatakan lahir daripada kejijikan melampau dalam hati Pengerusi PPBM itu.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahalan, berkata, justeru tiada sebab untuk UMNO dibubarkan seperti yang disarankan Perdana menteri itu kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya rasa kejijikan yang melampau dalam hati Tun M yang membuatkan beliau ingat UMNO dan rohnya sudah tiada.

“Tun M boleh merayu dan membuat ‘tekanan politik pelampau’ tetapi nampaknya tiada kebangkitan dari akar umbi UMNO yang berkehendak sebegitu.

“Yang saya nampak sudah mula kelihatan tanda-tanda ahli dahaga kepada permulaan semula yang lebih baik daripada kepemimpinan dan parti UMNO itu sendiri,” katanya memetik laporan media hari ini.

Mat Nadzari berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir yang dilaporkan menyuruh Ahmad Zahid membubarkan UMNO kerana parti itu sudah tiada.

Dr Mahathir berkata, UMNO kini hanyalah badan berdaftar yang tidak lagi memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara.

Pada masa sama, Mat Nadzari berkata, melalui siri jelajah presiden dan pemimpin kanan UMNO berjumpa dengan ahlinya juga menampakkan riak seolah-olah peringkat akar umbi sedang ternanti-nanti dan dahagakan kunjungan kepemimpinan tertinggi.

Selain itu, Mat Nadzari berkata, tindakan bekas pemimpin UMNO keluar parti dan menyertai BERSATU juga tidak mempengaruhi ahli di Bahagian masing-masing untuk berbuat perkara sama.

Malah, katanya, secepat mana bekas pemimpin berkenaan meninggalkan UMNO, sepantas itulah ada pengganti yang sanggup memikul tanggungjawab yang ditinggalkan.

“Secara keseluruhan mungkin dua atau tiga peratus yang setia dengan pemimpin yang lari.

“Awak tengok bekas Ketua Puteri (Datuk Mas Ermieyati Samsudin), tengok Mustapha Mohamed (Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapha Mohamed) dan beberapa lagi itu, ada heboh berduyun-duyun ahli keluar ikut dan sokong dia?” katanya. BNPPortal

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...