Monday, June 5, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Jemaah haji perlu minum minimum tiga liter air sehari di tanah suci

MADINAH, 12 Julai – Jemaah haji perlu meminum minimum tiga liter air setiap hari bagi memastikan tubuh badan mereka kekal hidrasi dalam cuaca panas di Tanah Suci dan mengelakkan pelbagai penyakit.

Pengarah Operasi (Perubatan) Madinah Lembaga Tabung Haji (TH) Dr Hairul Izwan Abdul Rahman berkata jemaah haji bagaimanapun dinasihatkan supaya meminum air itu secara berperingkat dalam tempoh 24 jam.

“Jemaah haji bukan minum air tiga liter itu secara sekali gus, tiga liter itu paling sedikit (minum) jadi mesti ambil lebih daripada tiga liter bagi memastikan badan kekal hidrasi.

“Mudahkan jemaah ingat paling kurang minum enam botol air mineral kecil 500ml itu sehari, suhu memang agak panas masa ini melebihi 46 darjah Celsius pada waktu tengah hari,” katanya kepada Bernama di sini.

Seramai 30,200 jemaah haji Malaysia bakal mengerjakan Rukun Islam Kelima itu pada musim haji tahun ini dengan dibantu 640 petugas TH.

Dr Hairul Izwan berkata jemaah haji juga boleh mencampurkan garam Oral Rehydration Salt (ORS) dalam air minuman bagi menggantikan garam galian yang hilang dalam badan mereka.

“Di klinik kita (TH) ada garam ORS itu,” kata pakar kesihatan awam itu yang mula bertugas di Tanah Suci pada musim haji 2004.

Selain itu, beliau berkata jemaah haji juga dinasihatkan tidak keluar dari hotel penginapan mereka sekiranya tiada keperluan dan mengelakkan daripada terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari.

“Jemaah dinasihatkan duduk di dalam bangunan, jika ke masjid pergi ke dalam bangunan masjid yang mempunyai kemudahan pendingin hawa. Duduk di luar sebenarnya panas dan kita kadangkala tidak perasan perkara itu,” katanya.

— BERNAMA

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...