Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

Jeck Seng buka 2 pusat khidmat, tuntut janji PH

PEKAN NANAS – Ahli Parlimen baharu Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng menunaikan janjinya dengan membuka semula dua pusat khidmat wakil rakyat bermula hari ini untuk kemudahan penduduk membuat aduan.

Pusat khidmat yang sejak lebih setahun lalu hanya dijadikan bilik gerakan itu kini menjadi Pusat Khidmat Ahli Parlimen di mana penduduk di dua buah Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pekan Nanas dan Kukup boleh mengadu masalah yang mereka hadapi.

Jeck Seng berkata, pusat khidmat itu dibuka serta-merta dan penduduk di kawasan berkenaan yang mempunyai sebarang masalah boleh mengadukannya pada bila-bila masa.

“Pusat Khidmat Ahli Parlimen ini dibuka secara konsisten dari hari Isnin hingga Sabtu. Saya tak akan beri alasan pun dan akan mendengar sebarang masalah yang dihadapi mereka.

“Tapi mereka juga kena faham bahawa saya sebagai ahli parlimen pembangkang tidak dapat sebarang dana daripada mana-mana pun.

“Cuma saya akan cuba usaha sendiri untuk dapatkan tambahan bagi melnacarkam pusat khidmkat saya dengan kebih berkensan untuk rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng mengucapkan terima kasih kepada sebahagian penduduk pada hari pertama sebagai Ahli Parlimen Tanjung Piai selepas menang Pilihan Raya Kecil P. 165 Tanjung Piai di Pekan Nanas, Johor. foto AFFAN FAUZI, 17 NOVEMBER 2019

Jeck Seng yang ditemui media selepas mengadakan walkabout bertemu orang ramai bagi mengucapkan terima kasih susulan kemenangannya pada PRK Tanjung Piai yang diumum Surunjaya Pilihan Raya (SPR) malam tadi.

Jeck Seng memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti 15,086 undi menewaskan pencabar terdekatnya Karmaine Sardini dari PH.

Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai itu memperoleh 25,466 undi daripada 128 saluran undi sehingga penjumlahan tamat, malam tadi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Tanjung Piai Zulkifly Mohd Tahir di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Pontian.

Dengan kemenangan itu, Jeck Seng kini Ahli Parlimen Tanjung Piai sekaligus merampas kembali jawatan pernah disandang bagi dua penggal sebelum ini.

Sementara itu, Jeck Seng menegaskan, pihaknya akan menuntut semua janji-janji yang diumumkan oleh parti kerajaan sebagaimana yang ditabur ketika berkempen pada PRK berkenaan sebelum ini.

Ujarnya, beliau akan memastikan tidak ada projek yang akan terlepas dan untuk itu beliau telah menyediakan senarainya.

Beliau akan memperjuangkan dari segi kebajikan, pembangunan dan apa saja yang diumum oleh kerajaan agar mereka lebih bertanggungjawab untuk melaksanakannya.

“Bila kerajaan sudah buat pengumuman saya mesti tuntut demi kepentingan pengundi di Tanjung Piai.

“Jangan hanya cakap ada projek. Saya harap rakyat di Parlimen Tanjung Piai akan dapat menikmati bukan hanya sekadar cakap projek sahaja tapi tak sampai ke Parlimen saya,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...