Mana yang kononnya taksub Muhyiddin sekarang, korang jangan terkejut selepas nie dorang dah berubah ke kem lain.
Wakil rakyat Kem Azmin pun dah mula berkira-kira nak tinggalkan Azmin. Ada yang khabarnya dah mula mengorak langkah nak minta masuk dalam UMNO.
Kata mereka, nak masuk Bersatu pun susah. Dah sokong Muhyiddin pun, segala yang dijanjikan belum lagi tertunai sepenuhnya.
Pemimpin Bersatu yang suka menyakat dan menakut-nakutkan pemimpin UMNO dengan bermacam perkara, jangan ingat dorang akan lupakan begitu saja perbuatan kamu.
Tak lama lagi giliran korang pula akan alami nasib yang sama.
Dalam korang sibuk nak haramkan UMNO dan BN, jangan terkejut nanti yang terbatal pendaftaran ialah parti Bersatu itu sendiri.
Kepada kawan-kawan yang masih berbangga dengan jawatan di Putrajaya tue, elok sediakan payung sebelum hujan.
Berkemaslah lebih awal. Nanti bila kena halau dari pejabat, setidak-tidaknya semua barang sempat dibawa keluar.
Dulu saya hanya diberi masa 2 jam saja untuk berkemas dan bawa keluar barang-barang peribadi di pejabat, tapi tak semua barang sempat dibawa.
Kepada rakan-rakan yang masih leka, elok ambil iktibar.
Abah kau tak lama dah di sana.