Saya dedahkan satu lagi contoh PH kencing Rakyat.
Di tengah kempen PRK Semenyih, Menteri KDN beritahu dalam satu ceramah bahawa ada berita gembira tentang tol yang akan diumumkan oleh Guan Eng dalam masa terdekat.
Dia suruh Rakyat tunggu.
“22 Februari 2019: Berita gembira mengenai tol dalam masa terdekat – Muhyiddin”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/02/533625/berita-gembira-mengenai-tol-dalam-masa-terdekat-muhyiddin
Keesokan hari, Guan Eng pun umum bahawa tol akan percuma pada masa tengah malam dari waktu 11 malam hingga 5 pagi apabila caj kesesakan ganti caj tol untuk 4 lebuhraya di Lembah Klang.
Guan Eng kata perubahan ini akan dilaksanakan pada bulan Jun. Suruh Rakyat tunggu.
“23 Februari 2019 Caj kesesakan akan ganti kutipan tol”
http://www.bhplus.com.my/berita/nasional/2019/02/534188/caj-kesesakan-akan-ganti-kutipan-tol
Menjelang bulan Jun, Rakyat pun tanya bila mahu tunaikan janji untuk tol percuma tengah malam pada bulan Jun?
Guan Eng jawab ianya selesai hanya pada bulan Disember – bukan Jun lagi.
“22 Jun 2019: Pengambilalihan 4 lebuh raya selesai Disember”
https://www.hmetro.com.my/utama/2019/06/467868/pengambilalihan-4-lebuh-raya-selesai-disember
Sekarang, bulan Disember dah nak tamat.
Berita mengenai tol percuma tengah malam pun tiada lagi.
Saya pun buat checking apa sudah terjadi.
Rupanya, kerajaan PH telah tangguhkan perjanjian untuk membeli 4 lebuhraya itu bagi kali ke-3 kepada akhir bulan Februari 2020 – iaitu setahun lebih sejak PH umumkan di tengah PRK Semenyih.
https://www.bursamalaysia.com/market_information/announcements/company_announcement/announcement_details?ann_id=3010705
Janji PRU14 untuk semua tol dihapuskan dah lama dicapatikan PH.
Janji diberi masa PRK Semenyih untuk tol percuma tengah malam pun turut ditosaikan PH.
Dan dilipatkan ketat-ketat oleh PH.
Najib Razak
22 Disember 2019