Friday, June 2, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Jangan tekan anak keterlaluan dalam pelajaran- Tunku Azizah

KUANTAN – Ibu bapa dan guru disaran untuk tidak menekan anak-anak secara keterlaluan dalam perihal pelajaran kerana dibimbangi boleh memberi kesan psikologi kepada anak tersebut.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah, perkara itu dibimbangi akan menyebabkan anak itu mengalami tekanan atau depresi sehingga membawa kepada kejadian lebih buruk.

Seri Paduka bertitah, anak-anak hanya melalui zaman kanak-kanak sekali dan ada masanya perlu diberikan masa untuk bermain dan menikmati masa gembira, dengan pengawasan daripada ibu bapa dan dibantu oleh guru.

“Biar mereka bermain supaya bila sudah dewasa, dia (anak) mempunyai kenangan pernah berbuat begini, begitu… tidaklah dia teringat asyik kena belajar atau menghafal sahaja.

Raja Permaisuri Agong bertitah demikian semasa berucap pada Majlis Apresiasi Pendidikan Kali ke-16 Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Azizah di Indera Mahkota di sini hari ini yang turut dihadiri isteri Menteri Besar Pahang, Datin Seri Burhah Mohammed dan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Datuk Dr Tajuddin Mohd Yunus.

Pada majlis itu, Seri Paduka juga berkenan mencemar duli mengurniakan 149 anugerah kecemerlangan kepada 145 penerima, tujuh anugerah cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 dan 11 anugerah Tokoh Murid.

Tunku Azizah sambil tersenyum ke arah Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah yang berada di hadapan baginda bertitah semasa kecil, anakanda bongsu itu sesekali, ada bertanya jika dibenarkan untuk tidak ke sekolah pada hari tertentu.

Ibu bapa juga walaupun sibuk, tambah Seri Paduka perlu sentiasa memantau pergerakan anak dan mengambil tahu rakan terdekat anak supaya mereka tidak berasa tersisih dan membawa haluan sendiri tanpa bimbingan, selain perlu mengawasi penggunaan media sosial anak.

“Walaupun anak saya bermain Twitter dan Instagram, saya tetap pantau mereka. Mereka pun kadang-kadang beritahu saya ada orang kacau (di laman sosial) dan saya beritahu untuk block (sekat) orang tersebut.

“Anak-anak kena faham supaya jangan mudah terpengaruh dengan orang dalam internet. Itu juga adalah peranan ibu bapa dan guru supaya mereka tahu ada unsur bahaya dalam laman sosial seperti ini,” titah Seri Paduka. – Bernama

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...