Sunday, April 18, 2021

Jangan kompromi isu keselamatan: Bung

Terkini

Terkini Covid-19

Malaysia
372,859
Kes keseluruhan
Updated on Apr 18, 2021 @ 9:19 09:19
19,094
Total active cases
Updated on Apr 18, 2021 @ 9:19 09:19
352,395
Sembuh keseluruhan
Updated on Apr 18, 2021 @ 9:19 09:19
1,370
Jumlah kematian
Updated on Apr 18, 2021 @ 9:19 09:19

TAWAU: Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pasukan keselamatan tidak berkompromi terhadap isu keselamatan terutamanya menjelang hari pembuangan undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini.

Beliau berkata, sebagai langkah keselamatan kawasan sempadan perlu dikawal dengan ketat bagi mengekang sebarang cubaan pembolosan oleh pihak asing.

“Jika benar khabar angin yang mendakwa kehadiran mereka (kumpulan warga asing) secara besar-besaran yang bertujuan membuat huru-hara, maka pihak keselamatan jangan bertolak ansur.

“Kita tahu yang Filipina dengan sentimennya yang masih mahu menuntut Sabah walaupun pada hakikatnya negeri ini adalah milik Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataaan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkaitan maklumat kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang didakwa mahu membuat kekacuan pada PRN Sabah kali ini.

Terdahulu, Bung dalam ucapannya pada kempen dan perjumpaan jentera BN di Bandar Sri Indah di sini, malam tadi, menegaskan tindakan Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang meminta kerajaan Persekututan berunding dengan Filipina mengundang kekeliruan dikalangan rakyat.

“Dia (Shafie) ini mesra Filipina. Saya tidak tahu kenapa dia ni begini. Soal keselamatan, kedaulatan negara dan negeri mana boleh di runding-runding dan kita memang bantah.

“Sebab itu juga, kita memberi jaminan, dalam ‘Aku Janji’ yang kita dlancarkan baru-baru ini, kerjaan tidak akan mengiktiraf sebarang tuntutan dari mana-mana pihak yang mahu tuntut negeri Sabah.

“Kita tidak akan biarkan satu inci pun bumi Sabah dimiliki oleh negara luar. Tidak ada runding-runding, ini negeri kita yang merdeka di dalam Malaysia,” tegasnya.

Pada perjumpaan yang dihadiri kira-kira 200 anggota jentera dan penyokong bersama ketiga-tiga calon BN bagi Dun Balung, Kukusan dan Tanjung Batu itu berlangsung kira-kira 40 minit berikutan arahan pihak keselamatan yang hanya memberi kebenaran program diadakan sehingga 10 malam susulan peningkatan kes positif Covid-19 di daerah ini. –

Artikel berkaitan