Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

Jangan Jadi Dalang Cetus Permusuhan Pelbagai Kaum – Sultan Nazrin

KUALA KANGSAR – Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat terutama pemimpin supaya tidak menjadi dalang melakukan provokasi yang boleh menyalakan puntung kebencian dan permusuhan antara rakyat berbilang kaum serta agama di negara ini.

Sultan Nazrin yang juga Sultan Perak menzahirkan rasa dukacita kerana suasana harmoni yang menjadi budaya rakyat negara ini sejak sekian lama kini mahu dimusnahkan disebabkan persaingan politik.

“Terdapat sebahagian pemimpin politik yang memilih bersifat riak dengan kemenangan, sementara sebahagian yang kalah bersifat berdendam.

“Pihak yang menang hendaklah mengamalkan budaya terpuji merendah diri, sementara yang tewas mengamalkan budaya menerima penentuan Ilahi secara terhormat,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian pada Istiadat Konvokensyen ke-11 Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di sini, hari ini yang menyaksikan seramai 1,303 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing.

Baginda bertitah kebijaksanaan para pengasas negara ini yang memiliki hikmah (wisdom) membangunkan sebuah negara dengan rakyat berjaya disatukan hendaklah terus dipupuk agar negara yang aman, tenteram, harmoni lagi makmur dapat diwariskan kepada generasi akan datang.

“Ada negara yang menghadapi konflik hingga hancur musnah kerana perselisihan berpunca daripada perbezaan mazhab, berlainan agama dan ada yang berpisah kerana tuntutan autonomi wilayah serta ada yang berbunuhan kerana perbezaan ideologi politik.

“Malaysia memiliki semua komponen untuk dijadikan bahan mencetuskan konflik. Namun pemimpin terdahulu memilih untuk tidak berkonflik,” titah Sultan Nazrin.

Dalam pada itu, baginda mengingatkan para graduan supaya menggunakan pengetahuan mereka menjadi warga berilmu yang berfikiran rasional, tidak mudah diracuni minda untuk mencetuskan persengketaan berdasarkan emosi, arif mengelakkan diri daripada diperalatkan memenuhi nafsu orang-orang yang berfikiran cetek serta tidak berwawasan jauh.

Baginda turut mengucapkan tahniah kepada para graduan USAS serta menzahirkan penghargaan kepada anggota keluarga yang berada di belakang kejayaan mahasiswa berkenaan.

“Beta menzahirkan ucapan terima kasih kepada setiap warga USAS, pengerusi dan ahli-ahli lembaga pengarah, naib canselor dan anggota akademik, begitu juga kepada staf pengurusan dan kakitangan sokongan yang telah memberikan komitmen, terus meningkatkan kejayaan USAS,” titah Sultan Nazrin.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...