Tuesday, June 6, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Isu Paya Jaras: Manifesto PH tidak menunaikan janji – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Kegagalan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor menyelesaikan isu perobohan rumah di Kampung Sungai Kedondong, Paya Jaras Hilir sudah dijangka meskipun penduduk terbabit dijanjikan dengan pelbagai insentif termasuk Rumah Selangorku.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, walaupun penduduk sudah dijanjikan wang perpindahan sehingga RM7,000 seorang dan sebuah rumah, namun sehingga kini tiada usaha ke arah itu.

“Saya difahamkan macam-macam janji telah diberikan oleh kerajaan negeri kepada mereka, tetapi janji Kerajaan PH ini sudah terbukti semuanya tidak ditunaikan.

“Jadi tak menunaikan janji itu adalah manifesto mereka, manifesto mereka adalah tidak menunaikan janji,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Menara Dato’ Onn, di sini, hari ini.

Rabu lalu, lebih 30 buah rumah berhampiran Sungai Kedondong, Paya Jaras Hilir yang dibina di atas tanah rizab milik kerajaan Selangor dirobohkan bagi meneruskan projek meluaskan sungai di tepi kawasan perumahan.

Projek meluaskan sungai tersebut sudah lama dijalankan namun terpaksa ditangguh beberapa kali susulan rayuan penduduk kampung.

Notis penangguhan perobohan terakhir diberikan pada 4 September lalu oleh Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah bersama ADUN, serta pejabat tanah wakil daripada Menteri Besar Selangor.

Ismail Sabri juga berkata, walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Khairuddin Othman tidak boleh menyelesaikan kemelut itu secepat mungkin, sekurang-kurangnya beliau perlu bertemu dengan pengundinya.

“Sekurang-kurangnya jumpa dengan penduduk kampung untuk berbincang walaupun tak boleh selesai secepat mungkin tapi sebagai wakil rakyat jumpa lah.

“Awak tak boleh marah kepada rakyat kerana aduan kepada media dan sebagainya, marah kepada rakyat dan terus tak nak jumpa rakyat, tak boleh.

“Kita sebagai pemimpin dikritik oleh pengundi adalah perkara biasa. Jadi jumpa dan cuba selesaikan, mesti bertanggungjawab dengan isu yang berlaku,” katanya.

Katanya lagi, walaupun Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin sudah membuat pengumuman semalam untuk membantu, namun penduduk terbabit masih lagi terabai bahkan dihalau pula dari penempatan sementara.

“Kerajaan Negeri Selangor masih belum ambil tindakan, walaupun malam tadi saya dengar Menteri KPKT sendiri membuat kenyataan mengatakan mereka akan menawarkan rumah dan sebagainya.

“Setakat ini belum ada apa-apa lagi dan hari ini sebahagiannya sudah pun berpindah ke rumah-rumah sewa, ada yang berpindah ke rumah jiran tetangga yang bersetuju untuk membenarkan mereka tinggal sementara.

“Kerajaan Negeri Selangor mesti menyediakan rumah untuk mereka berpindah sama ada rumah PPR yang perlu dibeli atau sebagainya, itu salah satu cara,” katanya.

Beliau turut berkata, sebelum perobohan Kerajaan Negeri Selangor sepatutnya menyediakan rumah gantian atau sekurang-kurangnya rumah transit sebelum penduduk dipindahkan ke rumah sebenar.

“Macam biasa dulu sebelum kita pindahkan, kita buat rumah transit dan sebagainya, buat rumah transit pun cukup untuk mereka tinggal sementara mereka pindah ke rumah lain.

“Takkan dibiarkan mereka selamanya duduk tinggal di rumah jiran. Selepas itu apa langkah seterusnya, tindakan seterusnya penting untuk jangka panjang selesaikan isu itu.

“Untuk menyelesaikan tentu saja sediakan rumah sementara ataupun rumah PPR yang saya rasa lebih baik untuk mereka,” katanya.

Ditanya tentang Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengatakan pembangkang cuba mengambil kelebihan politik daripada isu perobohan rumah itu, beliau menegaskan isu terbabit timbul daripada perbuatan Kerajaan PH sendiri.

“Kalau dia tak robohkan rumah mereka, tak diletakkan dalam khemah yang tiada kemudahan asas dan sebagainya, kita takkan turun berjumpa dengan mereka, saya pun tak turun.

“Isu ini bukan diada-adakan oleh pembangkang, isu ini adalah isu sebenar.

“Walaupun pembangkang bangkitkan isu ini, tapi apa yang berlaku itu perlu diselesaikan, jangan kerana pembangkang yang bangkit, jadi mereka tak nak menyelesaikan isu itu.

“Tak boleh macam itu, mereka kerajaan, kalau kita kerajaan, kita selesaikan. Kalau dia kerajaan, dia kena selesaikan,” katanya lagi.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...