Friday, June 2, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Isu Kampung Baru antara topik tumpuan di Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR: Isu pembangunan semula Kampung Baru adalah antara perkara yang dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat yang masuk hari ke-26, hari ini.

Mengikut aturan mesyuarat Dewan Rakyat, soalan itu dikemukakan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri yang meminta Menteri Wilayah Persekutuan menjelaskan tentang konsep sebenar pembangunan semula kawasan itu.

Beliau juga mahukan penjelasan sama ada kepentingan orang Melayu yang iaitu pemilik asal tanah Kampung Baru akan terjamin dengan pembangunan semula itu.

Pada sesi sama, Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjelaskan sebab kementerian itu masih belum melaksanakan had umur perkahwinan kepada 18 tahun bagi membanteras isu perkahwinan bawah umur di negara ini.

Sementara itu, bagi sesi Pertanyaan-pertanyaan Jawab lisan, antara perkara yang akan menjadi perhatian adalah mengenai langkah kerajaan untuk mengembalikan semula kegemilangan industri koko yang kini berhadapan dengan masalah kekurangan pengeluaran biji koko.

Persoalan itu dibangkitkan Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) yang meminta penjelasan daripada Menteri Industri Utama.

Selepas tamat sesi jawab lisan, sesi perbahasan akan disambung dan dua lagi kementerian iaitu Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2020 di peringkat jawatankuasa.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung sehingga 5 Disember. – BERNAMA

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...