Friday, June 2, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Ijazah pelajar biadap tak ditahan- UM

KUALA LUMPUR- Universiti Malaya tidak menahan skrol dan transkrip akademik ataupun menarik balik ijazah Wong Yan Ke yang berkelakuan biadap semasa hari konvokesyen universiti berkenaan Isnin lepas.

Menurut Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UM, Tengku Datuk Dr. Mohd. Azzman Shariffadeen Tengku Ibrahim, Yan Ke telah dimaklumkan boleh mengambil transkrip akademiknya pada bila-bila masa bermula 18 Oktober

“Pengedaran skrol dan transkrip akademik secara berpusat dilakukan mulai 12 hingga 20 Oktober 2019. Graduan terbabit telahpun dimaklumkan bahawa transkrip akademiknya boleh diambil pada bila-bila masa bermula 18hb Oktober.

“Graduan juga boleh mengakses dan mencetak skrol atas talian melalui sistem graduand.um.edu.my mulai 21 Oktober 2019,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Tengku Mohd, Azzman, UM memandang serius  tuduhan dan laporan negatif yang bertentangan dengan prinsip-prinsip yang didukung oleh Universiti sebagai sebuah institusi pengajian tinggi dan ingin menjelaskan perkara-perkara yang dibangkitkan.

“Dalam konteks ini, Lembaga Pengarah Universiti berpendapat bahawa matlamat pendidikan bukan hanya untuk menyampaikan ilmu tetapi juga membina sahsiah dan keperibadian seseorang individu agar mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni.

“Universiti Malaya berpandukan kepada matlamat ini dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang digalas. Walau bagaimanapun, untuk mencapai  matlamat  tersebut,  tanggungjawab harus turut sama dipikul oleh para mahasiswa agar potensi diri mereka dapat dibina ke tahap yang paling  optimum,” katanya lagi.

Tambah beliau, UM sentiasa menghormati kebebeasan bersuara setiap individu bagaimanapun hak orang lain juga perlu dihormati.

Dalam kes Yan Ke, lembaga pengarah berpandangan beliau tidak menghormati istiadat dan mencemarkan majlis.

Tindakan beliau juga tidak menghormati graduan lain yang diraikan di samping ibu bapa dan tetamu yang hadir.

“Lembaga Pengarah Universiti amat kesal dengan kejadian yang berlaku dan memohon maaf kepada para graduan, ibu bapa dan tetamu jemputan atas gangguan kepada majlis,” katanya.

Beliau turut menjelaskan mengenai Kongres Maruah Melayu yang dianjurkan oleh Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu (PKMM) pada 6 Oktober lalu sebagai agenda lazim dalam mengangkat penyebaran ilmu dan wacana ilmiah.

“Ia sebuah wacana akademik bagi mengenal pasti, membincang dan mencadangkan resolusi kepada pelbagai cabaran  yang  dihadapi  oleh  orang Melayu hari ini dari aspek politik, ekonomi, pendidikan, budaya dan agama. Usaha ini adalah sejajar dengan objektif penubuhan PKMM.

“Walau bagaimanapun, sejajar dengan matlamat Universiti serta prinsip-prinsip yang didukung, pihak Pengurusan Universiti akan lebih berhati-hati dan melaksanakan ketelitian wajar yang lebih ketat dan dinamik agar program yang disertai mempertimbangkan semua aspek kepentingan negara,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...