Wednesday, February 1, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Hapus hutang B40: Semua menteri yang terlibat dari PBBM sindir Najib

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal diminta memainkan peranan agar cadangannya supaya bank menghapuskan hutang secara bersasar melibatkan golongan berpendapatan 40 peratus (B40) dapat direalisasikan.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara menyindir berkata, selaku Ketua Armada Nasional Bersatu, tidak sukar untuk cadangan itu diketengahkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Memang elok jika ini boleh menjadi realiti. Besok (hari ini) kita tengok jika ini ada dalam Belanjawan 2021.

“PM (perdana menteri) dari PPBM, menteri kanan paling kanan yang juga menteri perdagangan antarabangsa dari PPBM, menteri kewangan lantikan PPBM, menteri ekonomi dari PPBM dan ahli-ahli Majlis Tindakan Ekonomi juga dari PPBM dan lantikan PPBM, tanpa seorang dari BN atau Pas atau mana-mana parti lain. Sebab itu, tak mustahil ianya menjadi reality,” katanya di sosial media, semalam.

Terdahulu, Najib turut mengucapkan syabas kepada Wan Ahmad Fayhsal jika cadangan diutarakan direalisasikan oleh kerajaan.

Pada masa sama, Najib menggesa kerajaan dapat melanjutkan tempoh moratorium pinjaman bank sebelum melaksanakan cadangan oleh Wan Ahmad Fayhsal.

“Syabas pada Ketua Armada PPBM jika ini boleh dilaksanakan sebab Malaysia menjadi negara pertama dalam dunia menghapuskan semua hutang bank golongan B40.

“Tapi, sebelum hapuskan semua hutang bank B40, mohon lanjutkan moratorium pinjaman bank untuk B40 dan M40 terlebih dahulu,” katanya lagi.

Hari ini, akan berlangsung pembentangan Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Ini merupakan pembentangan belanjawan pertama di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Memang elok jika ini boleh menjadi realiti. Besok kita tengok jika ini dalam bajet 2021.

PM dari PPBM, menteri kanan…

Posted by Najib Razak on Thursday, 5 November 2020

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...