Selepas Malaysia melaksanakan pada 1 April 2015, negara-negara lain yang turut mengamalkan sistem cukai GST adalah:
1. Tanzania (1 Julai 2015)
2. India (1 Julai 2017)
3. Arab Saudi (1 Jan 2018)
4. UAE (1 Jan 2018)
5. Bahrain (1 Jan 2019)
6. Costa Rica (1 Julai 2019)
7. Angola (1 Okt 2019)
Negara Oman dan Kuwait juga akan pekenalkan cukai GST pada tahun 2021.
Hanya 28 buah negara yang belum buat cukai GST.
Mereka adalah Afghanistan (baru lepas perang), Bahamas, Brunei, Comoros, Cuba, Djibouti, Eritrea, Iraq (baru lepas berperang), Liberia, Libya, Maldives, Myanmar, Nautu, Korea Utara, Palau, San Lucia, San Marino, São Tomé, Solomon Islands, Somalia, Sudan Selatan, Suriname, Swaziland (bukan Switzerland, ye), Syria (sedang perang), Tuvalu dan Yemen (sedang perang).
Hong Kong juga tidak ada GST tetapi digantikan dengan cukai hartanah dan cukai petrol yang amat tinggi (RM9.60 satu liter untuk RON95).
Amerika Syarikat juga tidak ada sistem cukai GST pusat tetapi digantikan dengan cukai jualan yang dikenakan kepada pengguna akhir (sama dengan GST) dengan kadar berbeza di peringkat negeri (state sales tax).
Seluruh dunia sedang mengamalkan sistem cukai yang lebih telus supaya ekonomi mereka bertambah stabil dan kompetitif untuk jangka masa panjang.
Hanya Malaysia satu-satu negara dalam dunia sahaja yang mengundur ke belakang dengan memansuhkan GST untuk menjadi kurang stabil dan kurang kompetitif.