Saturday, June 10, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

‘Hajat beraya di kampung tak kesampaian’

– Advertisement –

KUALA LUMPUR: Bagaikan satu kemestian buat warga kota pulang ke desa tercinta setiap kali menjelangnya Aidilfitri. Justeru, tidak hairanlah andai lebuh raya sesak teruk apabila perantau berpusu-pusu pulang ke kampung halaman untuk meraikan lebaran bersama keluarga tersayang.

Turut berhasrat meraikan 1 Syawal di kampung halaman termasuklah pelakon jelita, Che Puan Juliana Evans.

Juliana atau nama sebenarnya, Che Puan Juliana Sophie Johari Evans, 32, berkata dia berhasrat meraikan Syawal di desa yang permai di Bagan Datuk, Perak.

Namun, hasrat Juliana membawa suami, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah dan puteri sulungnya, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah tidak kesampaian apabila semua rumah inap yang ada habis ditempah.

“Awalnya, kami merancang pulang ke Bagan Datuk untuk meraikan Aidilfitri. Sebelum ini, saya pernah ajak suami beraya di kampung, dia memang suka hingga demam.

“Saya sangat teruja nak tahu bagaimana sambutan Aidilfitri selepas peralihan ke fasa endemik. Saya dapat rasakan lebaran tahun ini lebih meriah, tambah pula, anak semakin besar.

“Apabila sudah memiliki cahaya mata, akan ada ramai pembantu. Disebabkan itu, kami akan menetap di rumah inap. Malangnya, semua rumah inap yang dihubungi habis ditempah.

“Disebabkan itu, perancangan awal terpaksa diubah. Justeru, saya meraikan 1 Syawal bersama keluarga suami di Shah Alam,” katanya kepada BH Online.

Seperkara yang menarik mengenai sambutan Aidilfitri, tahun ini menyaksikan pembabitan kali pertama anak dan suami membintangi iklan raya.

Berkongsi pengalaman, pelakon filem Hantu Bonceng ini memaklumkan, dia teruja melihat keletah si kecil yang begitu seronok dapat bergaya.

“Raya tahun ini sangat istimewa kerana kami sekeluarga ditawarkan membintangi iklan produk jenama antarabangsa. Iklan ini untuk kempen dalam media sosial. Melihat keletah Kamiliah Zanariah, saya jadi kagum.

“Biasanya, memang agak sukar kalau saya nak siapkan Kamiliah Zanariah. Tetapi, apabila disiapkan dan didandan jurusolek profesional, pandai pula anak membawa diri.

“Bila ibu saya melihat keletahnya, dia cakap tingkah lakunya sama seperti saya ketika masih kecil,” cerita Juliana sambil menyifatkan itu adalah pengalaman paling manis buat mereka sekeluarga.

Juliana masih suka berkerja dan mahu mempunyai pendapatan sendiri, selain berlakon juga adalah minatnya. - Foto IG Juliana Evans
Juliana masih suka berkerja dan mahu mempunyai pendapatan sendiri, selain berlakon juga adalah minatnya. – Foto IG Juliana Evans

Mengulas sifat dan keperibadian yang masih lagi sama, walaupun bergelar isteri seorang kerabat, Juliana menegaskan, gelaran dan status tidak pernah membuatkan dirinya berbeza dari dahulu.

“Saya masih orang sama dan tak banyak berubah pun. Kalau ada pun, mungkin dari segi kematangan memandangkan usia saya sudah mencecah angka 30-an. Selain itu, saya rasa lebih selesa dengan cara sebegini kerana saya suka berdikari.

“Saya tahu pasti ramai tertanya-tanya kenapa saya lebih selesa bergerak seorang diri ke sana sini dan tidak ditemani rombongan seperti pegawai pengiring. Macam hari ini, saya datang seorang diri sahaja.

“Cuma, jika membabitkan urusan berkaitan dengan keluarga suami, saya perlu ada protokol. Selebihnya, saya macam biasa sahaja,” jelasnya.

Mengenai tawaran berlakon, walaupun kedudukannya tidak perlu berbuat demikian, Juliana berkata, amat sukar berpisah dengan bidang yang menjadi kecintaannya.

“Sebenarnya, agak lama saya berehat sebelum kembali ke lokasi. Selain masih suka berkerja dan mahu mempunyai pendapatan sendiri, berlakon juga adalah minat saya. Saya juga pernah melalui pengalaman sukar menjadi seorang pelakon.

“Namun, kini saya sudah bersedia kembali aktif. Suami sering mengingatkan agar tidak terlalu teruk bekerja. Beliau pernah menyaksikan betapa penatnya saya di lokasi penggambaran hingga muntah-muntah.

“Justeru, saya menetapkan peraturan sendiri, iaitu hanya bekerja sehingga 12 jam sahaja. Saya tahu batasan saya berdasarkan pengalaman lalu,” katanya yang mempunyai perancangan bergelar produser dan menerbitkan drama dan program hiburan.

Berita Harian

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...