Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

‘Giliran kami esok’ – Zuraida Kamaruddin

KUMPULAN 11 Ahli Parlimen yang dipecat daripada PKR, dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, esok.

Perkara itu disahkan oleh Ahli Parlimen Ampang yang juga bekas Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, ketika dihubungi, hari ini.

“(Kami) belum (ke Istana Negara). Giliran kami esok,” katanya ringkas ketika ditanya sama ada kumpulannya akan bergerak ke Istana Negara hari ini untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Selain Zuraida, kumpulan diketuai Ahli Parlimen Gombak yang juga bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, turut disertai Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah; Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaffar.

Selain itu, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman; Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon, Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kumar; Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju dan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin dan Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin.

Terdahulu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan 90 Ahli Parlimen akan menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini untuk ditemubual, sebelum baki 131 Ahli Parlimen akan dipanggil menghadap esok.

Temu bual itu dilakukan untuk baginda mendapatkan kepercayaan dan keyakinan untuk memilih individu yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Mohamed Azmin dan Zuraida dipecat daripada PKR semalam, atas dakwaan melakukan pengkhianatan secara terbuka selepas melakukan pertemuan dengan pemimpin UMNO, PAS dan BERSATU, selain bertentangan dengan pendirian parti dalam isu peralihan kuasa.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...