Saturday, June 10, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Ganggu Ketika Berbahas, Noh Bidas Ahli Parlimen Jelutong Bodoh

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar melemparkan perkataan ‘bodoh’ kepada Ahli Parlimen Jelutong dek kerana berang dengan sikapnya yang mengganggu perbahasan beliau membahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 (Belanjawan 2020) hari ini.

Noh yang mempertikaikan tindakan kerajaan menurunkan harga rumah untuk warga asing daripada RM1 juta kepada RM600 ribu mengajukan persoalan adakah Dap menerima apa-apa habuan daripada pemaju sepertimana yang pernah dilemparkan kepada dirinya sewaktu beliau memegang jawatan Menteri KPKT dahulu.

“Dulu masa Dap jadi pembangkang, saya selaku menteri KPKT ada mencadangkan supaya pemaju perumahan diberi peluang untuk memberi pinjaman kepada pembeli tapi ini komen daripada Menteri Kewangan… masa itu Ketua Menteri (Pulau Pinang). Dia cakap ‘tanggungjawab pemaju perumahan adalah untuk membina rumah dan bukan untuk beri pinjaman dengan kadar faedah yang tinggi kepada peminjam’.

“Sekarang pandai pula dia tolong pemaju… dulu kata pemaju untuk buat rumah sahaja. Lagi satu Dap kata, ‘beri lesen pinjaman kepada pemaju… apa ganjaran Noh Omar dapat?’ Ini Dap tuduh… ‘Datuk Seri Noh Omar disoal sama ada beliau ada dapat mana-mana faedah atau keuntungan daripada cadangannya untuk memberi pemaju memberi pinjaman kepada pembeli’. Kalau itu soalan Dap kepada saya, saya pun boleh tanya apakah hari ini Dap mendapat dana atau rasuah daripada pemaju kerana benarkan jual rumah RM600 ribu? Ini sebab saya ungkit apa yang mereka kata masa saya memberi cadangan yang sama,” bidas beliau.

Jelutong yang tidak berpuas hati bangkit membaca peraturan 36(6).

Jelutong: Kalau nak buat ucapan jangan buat tuduhan ada rasuah dan sebagainya.

Noh Omar: Peraturan apa? Tak ada standard la… saya tidak ada sebut nama siapa siapa ahli parlimen… kalau saya sebut nama Jelutong rasuah bolehlah YB bangun.

Jelutong: YB cuba secara yang tersirat dan tersurat….

Noh Omar: Tidak ada yang tersurat dan tersirat… buang masa sahaja… Kalau saya kata YB bodoh, YB penyamun perompak bolehlah YB kata saya 36(6). Ini tak ada… saya kata umum… baca betul-betul… YB duduklah… kalau dulu Dap boleh sindir saya, kenapa saya tidak boleh sindir sekarang? Ini terbukti… bila saya nak tolong pemaju dia cakap saya dapat rasuah dari pemaju… tujuan yang Menteri Kewangan buat benda yang sama nak tolong kepada pemaju. Ini yang saya nak ungkit… jangan waktu kamu jadi pembangkang kamu suka hati boleh cakap… bila sudah jadi kerajaan semua betul… kami pula tidak boleh cakap apa-apa… kena ubahlah perangai!

Jelutong: Kalau ada bukti pergi buat laporan dengan MACC la. Saya cabar… kalau ada bukti… berani ulang kenyataan itu di luar dewan?

Noh Omar: Apa ni? Bodoh… saya ada sebut nama tak? Kalau saya ada sebut nama boleh la… bodoh betul la…

Jelutong: YB… you are the stupid person. You making a stupid comment.

Noh Omar: Saya baca dia tuduh saya ni… (menunjukkan keratan akhbar)… yang YB nak melompat ni kenapa? Saya nak tanya ini… yang ini… tajuk pun besar… saya tanya la adakah niat yang sama? Kalau tidak ada… tidak ada la… yang YB nak melompat ni kenapa?

Melihat keadaan yang semakin panas Speaker campur tangan bagi meredakan keadaan. – UMNO ONLINE

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...