Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

Gagal sekat kandungan sensitif, Thailand ambil tindakan terhadap Facebook dan Twitter

BANGKOK ― Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat Thailand memfailkan aduan kepada polis jenayah siber terhadap Facebook dan Twitter kerana mengabaikan permintaan untuk menyekat kandungan yang disifatkan menyalahi undang-undang terhadap pemerintahan beraja Thailand.

Menteri Ekonomi Digital dan Masyarakat Puttipong Punnakanta berkata kementerian itu telah memberikan amaran kepada dua syarikat media sosial itu untuk memadam kandungan pada 27 Ogos bagaimanapun mereka terlepas tarikh akhir 15 hari untuk mematuhi perintah mahkamah.

Beliau berkata Facebook hanya memadam 225 daripada 661 hantaran dan Twitter pula mengeluarkan lima daripada 69 hantaran.

Katanya tiada tindakan dikenakan terhadap Google Alphabet kerana ia telah mengeluarkan 289 video YouTube seperti yang dinyatakan dalam perintah itu pada Rabu.

“Ini kali pertama kami menggunakan Akta Jenayah Komputer terhadap syarikat media sosial utama kerana tidak memberikan kerjasama penuh (untuk memadam kandungan).

“Tindakan akan diambil mengikut undang-undang Thailand kerana ia berlaku di Thailand,” katanya pada sidang media semalam.

Di bawah Akta Jenayah Komputer, mereka yang didapati melanggar akta itu akan didenda sehingga 200,000 bath, kemudian 5,000 bath sehari sehingga perintah itu dipatuhi.

Puttipong berkata kementerian itu akan memfailkan lebih banyak permintaan kepada syarikat media sosial itu untuk memadam lebih banyak item iaitu berkaitan dadah, pornografi serta kritikan terhadap raja.

“Kementerian akan memfailkan lebih banyak permintaan kepada Facebook, Twitter dan Google untuk mengeluarkan 3,000 item daripada platform mereka termasuk 1,748 di Facebook, YouTube (607) dan Twitter (261) serta kira-kira 400 item dari laman web lain,” katanya.

Sementara itu, Puttipong berkata kementerian itu juga memfailkan aduan berasingan terhadap lima individu termasuk ahli politik dan pemimpin penunjuk perasaan, yang didakwa mengkritik pemerintahan beraja di Facebook dan Twitter semasa tunjuk perasaan besar-besaran antikerajaan di Bangkok hujung minggu lepas. ― Bernama –

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...