Eksport negara menjunam 6.8% pada bulan September 2019 – sangat jauh di bawah unjuran untuk kejatuhan 0.1%.
Dari trend penurunan, eksport negara untuk keseluruhan tahun 2019 hampir pasti akan mengalami penurunan pertama sejak 10 tahun dahulu.
Jan: +3.1%
Feb: -5.3% (jatuh)
Mac: -0.5% (jatuh)
Ap: +1.1%
Mei: +2.5%
Jun: -3.1% (jatuh
Jul: +1.7%
Ogo: -0.8% (jatuh)
Sep: -6.8% (jatuh)
Untuk tahun 2019, kerajaan PH unjurkan eksport akan naik 3.4% tetapi nampaknya hampir past sudah menjadi negatif – bukan pertumbuhan.
Ini jauh berbeza dengan pertumbuhan 18.9% ada tahun 2017 dan kadar kenaikan 6.8% pada tahun 2018.
Tahun ini, kita negatif.
Tapi tak apa.
Rakyat patut syukur dengan pendapatan RM1,000 sebulan kerana jika kita mahu makan sayur, kita boleh tanam sendiri, kata PH.
Facebook Najib Razak