Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

Edaran Komik: Jangan Putar Belit Fakta Sejarah, KPM Perlu Tegas – Idris

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Bekas Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh merasa sedih dan terkilan dengan penyebaran komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ yang telah diedarkan di sekolah-sekolah baru-baru ini.

Jelas beliau, bahan bacaan tersebut amat berbahaya kerana dikatakan memutarbelitkan fakta sejarah dengan melabelkan komunis sebagai watak ‘hero’.

“Jika tidak dikekang lebih awal, sejarah negara akan terus diputarbelitkan oleh Dap dan seterusnya watak Komunis Bintang Tiga menjadi ‘hero’ dan berjasa pada rakyat.

“Walhal kumpulan tersebut adalah pengkhianat terbesar yang mencetuskan keadaan huru-hara dengan melakukan pelbagai malapetaka pada negara termasuk rusuhan, keganasan, pembunuhan kejam, pergaduhan kaum, rompakan bersenjata dan memusnahkan kehidupan banyak pihak dari segi emosi, ekonomi, agama dan sebagainya,” katanya kepada UMNO Online.

Idris yang juga Ahli Parlimen Besut berharap agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak bersekongkol dengan penyebaran komik.

Tambahnya lagi sewajarnya KPM bertegas mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak pembekal dan seterusnya merampas naskah komik daripada simpanan guru-guru dan murid serta membuat laporan polis.

“Saya juga menyeru agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) segera membuat siasatan ke atas aktiviti penyebaran komik ini, seterusnya mengambil tindakan sewajarnya ke atas Muzium Kebudayaan Komik Asia tersebut kerana mengedarkan bahan cetakan yang tidak mendapat kelulusan KDN kepada institusi pendidikan negara,” tegasnya lagi.

Terdahulu, Najib dalam hantaran menerusi laman Facebooknya mempersoalkan edaran komik di sekolah-sekolah berbentuk propaganda mengagungkan Dap, komunis dan memburukkan Malaysia serta dirinya sekeluarga.

Komik berkenaan diterbitkan pada April 2019 dalam bahasa Melayu, Cina dan Inggeris atas kerjasama kolektif antara kurator Dr Hew Kuan Yau dan artis komik tempatan Ching Po Ling. – UMNO ONLINE

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...