Friday, June 2, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Dr Mahathir terdesak rayu pengundi Tanjung Piai hadir ceramahnya malam esok

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu merayu kepada pengundi untuk hadir ke ceramahnya malam esok sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Shamsudin berkata, pengundi akan datang sendiri tanpa perlu dirayu sekiranya mereka masih lagi suka dengan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, rakyat boleh menilai buruk dan baik yang dilakukan oleh PH dan sokongan pasti akan diberi jika mereka rasa berpuas hati dengan prestasi yang ditujukkan kerajaan.

“Beliau sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Pakatan Harapan serta Pengerusi Majlis Presiden memang kena turun.

“Di Cameron Highlands pun dia turun tapi kalah juga. Di Semenyih pun begitu kalah juga. Dan Di Rantau pun sama kalah.

“Kalau rakyat dah tak mahu mereka tetap tak mahu. Masa PRU14 dulu apa yang kita tak buat, tapi masa tu rakyat tak percaya. Akhirnya kini mereka sedar sendiri,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini malam tadi .

Beliau berkata demikian mengulas strategi PH apabila Dr Mahathir membuat satu video ringkas mempelawa pengundi di kawasan Parlimen Tanjung Piai untuk hadir satu ceramah mega yang akan dihadirinya sempena dengan PRK Parlimen itu pada malam esok.

Ceramah mega itu akan diadakan pukul 8 malam bertempat di tapak Terminal Bas Kukup Laut, yang bertujuan mendekati masyarakat setempat.

Sharkar berkata, meskipun Dr Mahathir dijadual hadir ke ceramah mega berkenaan namun, ia tidak mampu untuk mengubah jiwa pengundi yang mahukan perubahan selepas segala perkara utama dijanjikan oleh PH tidak mampu ditunaikan sehingga ke hari ini.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri

Abdul Rahman menyifatkan tindakan Dr Mahathir itu sebagai satu langkah terdesak dalam usaha memenangi hati pengundi di Tanjung Piai.

Ujarnya, sikap yang ditunjukkan oleh Dr Mahathir itu juga tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin UMNO atau Barisan Nasional, namun ia berlaku ketika Perdana Menteri kini mengetuai PH.

“Apa pula ni, sampai dia sendiri merayu untuk orang datang. Ini menunjukkan PH sangat desperate (terdesak).

“Dia merupakan seorang pemimpin yang desperado. Tak pernah dibuat oleh presiden parti atau perdana menteri sebelum ini,” katanya.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...