Tuesday, April 13, 2021

Dedah dapatan kajian PPSMI, baru buat keputusan – Mahdzir

Terkini

Terkini Covid-19

Malaysia
362,173
Kes keseluruhan
Updated on Apr 13, 2021 @ 14:47 14:47
15,835
Total active cases
Updated on Apr 13, 2021 @ 14:47 14:47
345,005
Sembuh keseluruhan
Updated on Apr 13, 2021 @ 14:47 14:47
1,333
Jumlah kematian
Updated on Apr 13, 2021 @ 14:47 14:47

Kesiapsiagaan para pendidik dalam aspek penguasaan bahasa Inggeris dalam dua subjek Sains dan Matematik adalah perkara yang perlu diberi keutamaan serius sebelum melaksanakan pengajaran itu dalam bahasa tersebut.

Ini kerana, jika pendidik tidak bersedia, kesannya sudah pasti merugikan generasi pelajar itu sendiri, kata bekas Menteri Pendidikan. Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Disebabkan itu, katanya, pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang pernah dilaksanakan pada tahun 2008 dimansuhkan secara berperingkat-peringkat pada tahun 2012 ekoran bantahan daripada pelbagai pihak.

Sehubungan itu, Mahdzir meminta Kementerian Pendidikan mendedahkan dapatan kajian-kajian PPSMI yang dijalankan agar semua pemegang taruh seperti ibu bapa dapat menilai serta memberi pandangan yang rasional sebelum ia dilaksanakan.

“Itupun selepas semua pihak dapat mencapai kata sepakat untuk bersetuju,” katanya di sini.

Ini kerana, faktor lain yang menjadi cabaran kepada pelaksanaan pengajaran dua subjek tersebut dalam bahasa Inggeris.

Beliau berkata, sepatutnya kerajaan memperkasakan Dual Language Program atau DLP yang diperkenalkan pada tahun 2016 terlebih dahulu kerana pelaksanaan program ini adalah satu pilihan yang ditentukan oleh ibu bapa pelajar itu sendiri dan tiada paksaan.

“Belum lagi disentuh usaha-usaha mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, bahasa rasmi yang semakin pudar ketika ini.

“Demikian juga, sudah lama tidak mendengar kempen atau usaha-usaha Program Imersif Tinggi (HIP) berkaitan dasar MBMMBI,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berharap kerajaan tidak membuat keputusan yang tergesa-gesa dalam soal pelaksanaan dasar-dasar berkaitan pendidikan.

Artikel berkaitan