Thursday, April 15, 2021

Datuk saudara percaya Yusoff Rawther dimanipulasi pihak tertentu

Terkini

Terkini Covid-19

Malaysia
365,829
Kes keseluruhan
Updated on Apr 15, 2021 @ 3:23 03:23
16,696
Total active cases
Updated on Apr 15, 2021 @ 3:23 03:23
347,780
Sembuh keseluruhan
Updated on Apr 15, 2021 @ 3:23 03:23
1,353
Jumlah kematian
Updated on Apr 15, 2021 @ 3:23 03:23

KUALA LUMPUR – Datuk saudara kepada Muhammad Yusoff Rawther yang membuat pengakuan gempar hari ini dimanipulasi oleh sesetengah pihak.

Mohideen Abdul Kader berkata, ini kerana pendedahan itu berlaku dua hari sebelum Kongres Nasional PKR.

Menurutnya , Muhammad Yusoff ‘terpisah’ daripada keluarga mereka sejak datuknya, S. M, Mohamed Idris meninggal dunia awal tahun ini.

“Tujuan saya berkenaan pengakuan bersumpah yang dibuatnya mendakwa perlakuan tidak bermoral seorang pemimpin politik kanan.

“Insiden itu didakwanya berlaku pada 23 September 2018, lebih setahun lalu namun tidak ada ahli keluarganya tahu mengenainya termasuk datuknya yang rapat dengannya dimaklumkan mengenainya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohideen juga mempertikaikan kenapa cucu saudaranya itu membuat laporan polis terhadap pegawai Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dipukul tetapi tidak menyebut dakwaannya diganggu secara seksual.

Menurutnya, amat malang apabila dalam keadaan Malaysia Baru masih ada dakwaan sedemikian dan yakin rakyat Malaysia akan menolaknya.- MalaysiaGazette

Artikel berkaitan