Friday, June 2, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Daripada Laksana Semula GST, Baik Tukar Kerajaan Terus… – Mohd Sharkar

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, sekiranya benar kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) mahu melaksanakan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST), maka ini adalah ‘u-turn’ terbesar dalam sejarah politik negara.

Jelas beliau, ini juga secara tidak langsung membuktikan apa yang kerajaan terdahulu buat adalah yang terbaik dan mengikut perkembangan ekonomi dunia.

“Semasa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) memperkenalkan GST, mereka begitu agresif memukul canang menabur fitnah GST ini zalim dan menindas rakyat. Mereka kata SST adalah yang terbaik. Kita sudah terangkan banyak kali tetapi mereka terus memanipulasikan perkara sebenar.

“Kini mereka hendak kembalikan GST atas alasan kehendak rakyat… sebenarnya daripada mereka hendak kembalikan GST adalah lebih baik mereka beri mandat semula kepada rakyat… tukar kerajaan terus,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Tambah Sharkar, kerajaan BN dulu telah melakukan yang terbaik untuk negara dan rakyat tetapi kerana persepi dan segala fitnah yang dilemparkan maka rakyat tertipu dan terpedaya dengan segala janji manis pembangkang ketika itu.

“Banyak masa kita habiskan untuk memberi penjelasan kepada rakyat namun pembangkang ketika itu berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat.

“Kita telah terangkan kebaikan GST sebab itu banyak negara melaksanakannya. Kemudian, kerajaan BN memperkenalkan BR1M… kita pulangkan hasil kutipan GST kepada golongan bawah B40. BR1M ini adalah rebet kepada golongan ini namun semua kebaikan ini dirosakkan oleh fitnah PH.

“Jadi, saya cadangkan kepada kerajaan, memandangkan rakyat sudah tidak percaya dan kepada mereka adalah lebih baik bubarkan Parlimen agar rakyat dapat kembali memilih,” tegas beliau.

Beliau turut menyeru kepada rakyat yang akan mengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai agar menyuarakan ketidakpuasan hati mereka melalui undi.

“Sebagaimana rakyat menyuarakan rasa kekecewaan mereka di PRK Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau, maka kali ini terus zahirkan rasa kekecewaan itu.

“Tunjukkan kepada kerajaan bahawa kuasa sebenar adalah di tangan rakyat,” ujar beliau.

Untuk rekod, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dilapor berkata, Kerajaan akan mengkaji untuk memperkenalkan semula GST jika itu kehendak rakyat. – UMNO ONLINE

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...