Saturday, June 10, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Cubaan Sogok Wang Untuk Saya Alih Arah, Tapi PAS Tetap Bersama MN – Ydp PAS Gombak

Yang Dipertua (Ydp) PAS Kawasan Gombak, Salehuddin Mohd Nasir hari ini mendedahkan terdapat pihak tertentu cuba menawarkan sogokan wang yang banyak kepadanya bagi mengganggu kerjasama Muafakat Nasional (MN).

Beliau mendedahkan perkara itu ketika memenuhi jemputan berucap di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gombak hari ini.

“Saya dimaklumkan oleh beberapa individu, sudah ada gerakan diatur oleh pihak-pihak tertentu khususnya di kawasan Gombak untuk bertemu dengan saya bagi menyogokkan kewangan yang banyak untuk saya beralih arah.

“Saya menyatakan dengan tegas, Wallahi, saya tidak akan menjual perjuangan ini, saya akan menentang mereka habis-habisan.

“Mereka jangan silap langkah. Kita memahami ini adalah tanda daripada Allah SWT, bahawa mereka dalam keadaan gabra, mereka dalam kedudukan panik.

“Saya menegaskan pada pagi ini selaku Yang Dipertua PAS Gombak, bahawa PAS Kawasan Gombak akan bersama UMNO Bahagian Gombak melalui Muafakat Nasional di Gombak ini,” katanya, disambut dengan laungan takbir Allahuakbar oleh perwakilan UMNO.

Hadir sama di majlis itu ialah Ketua UMNO Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, Ketua MIC Gombak, S Sugumaran dan Ketua MCA, Lawrence Yip.

Dalam majlis yang sama, Salehuddin turut menyatakan PAS Gombak akan memberi laluan kepada BN untuk bertanding di kawasan Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, keputusan itu akan menjadi kekuatan kepada perjuangan MN untuk mendepani PRU15.

“PAS kawasan Gombak telah bersetuju dan memutuskan Parlimen Gombak akan ditandingi calon BN.

“Insya-ALLAH kita mempunyai kekuatan dan mereka (pihak lawan) tidak boleh berbuat apa-apa. Ini jaminan PAS kawasan kepada UMNO Gombak,” katanya.

Untuk rekod, keputusan tersebut selaras dengan persefahaman MN sebelum ini, di mana PAS dan UMNO bersetuju memberi laluan bertanding di sesuatu kawasan kepada parti yang memperolehi jumlah undi tertinggi di antara dua parti itu.

Dalam PRU14 yang lalu, BN memperolehi 26,392 undi, manakala PAS mendapat 17,537 undi. PKR memenangi Parlimen Gombak dalam PRU itu dengan perolehan 75,113 undi melalui calonnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Yang Dipertua PAS Gombak itu mengakhiri ucapannya dengan dua rangkap pantun bagi menggambarkan keakraban kerjasama PAS dan UMNO menerusi MN.

“Ke pekan runkup mengikat jerami, kapas bunga lidi belahan, walau bertangkup langit dan bumi, PAS dan UMNO menjadi pilihan

“Sekolah atap tingkapnya rapuh, seikat belanga di sisi meranti, patah sayap bertongkat paruh, Muafakat Nasional pasti di hati”.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...