Tuesday, June 6, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Cubaan seludup 29 gelen petrol gagal

KOTA BHARU – Cubaan sebuah bot pancung menyeludup 29 gelen berisi minyak petrol bernilai RM1,508 berjaya digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan melalui Ops Niaga Barat dan Op Damai di Kuala Tongkong, Tumpat, semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Muhammad Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, dalam kejadian 6.55 pagi itu, pihaknya mengesan sebuah bot pancung dengan tiga individu dipercayai warga asing berumur lingkungan 17 hingga 45 tahun dalam keadaan mencurigakan.

“Apabila kita menghampiri, bot itu bertindak melarikan diri menuju ke arah sempadan perairan negara.

“Bot ronda kita cuba untuk memintas bot pancung berkenaan dan akhirnya bot tersebut menukar arah menuju ke tepi pantai sebelum suspek yang berada di dalam bot terjun melarikan diri ke kawasan semak. Bot berkenaan berhenti pada jarak 740 meter dari Kuala Tongkong.

“Bot Kilat 17 Maritim Kelantan telah disekat bagi menghampiri kawasan pesisir menggunakan pukat timbul sepanjang 100 meter.

“Mereka juga sempat membuang lima gelen ke dalam laut dan gelen tersebut dipercayai mempunyai barang yang lebih berharga,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya terdiri daripada enam anggota termasuk pegawai telah membuat pemeriksaan lanjut pada bot berkenaan dan mendapati ia menggunakan tiga enjin berkuasa tinggi.

Beliau berkata, bot pancung berserta petrol telah dibawa ke Jeti Ibu Pejabat Maritim Kelantan dan kes disiasat mengikut Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menyimpan barang kawalan dengan niat melakukan kesalahan.

“Pihak kami akan melipatgandakan lagi usaha membasmi sebarang aktiviti penyeludupan dan memberikan amaran keras kepada penyeludup agar menghentikan kegiatan ini kerana ia sangat merugikan negara.

“Kita memohon supaya komuniti laut dan sahabat nelayan sentiasa melaporkan sebarang pelanggaran undang-undang negara yang berlaku di perairan Kelantan terutamanya melalui talian MERS 999 atau 09-7780070 supaya jenayah laut dapat dibanteras,” katanya.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...