Wednesday, January 19, 2022

COVID-19: Kematian ke-16 (23 Mac)

Terkini

Terkini Covid-19

Malaysia
2,813,934
Kes keseluruhan
Updated on Jan 19, 2022 @ 21:07 21:07
40,761
Total active cases
Updated on Jan 19, 2022 @ 21:07 21:07
2,741,355
Sembuh keseluruhan
Updated on Jan 19, 2022 @ 21:07 21:07
31,818
Jumlah kematian
Updated on Jan 19, 2022 @ 21:07 21:07

Satu lagi kematian membabitkan mangsa COVID-19 dilaporkan berlaku pada jam 7.40 malam ini.

Ia menjadikan jumlah kematian yang direkodkan Malaysia ketika ini seramai 16 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, kematian ke-16 ini adalah kes ke-1334 membabitkan seorang warga tempatan berusia 75 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kronik.

“Mangsa mula menunjukkan gejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac lalu dan seterusnya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac.

“Kesihatannya merosot lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk bantuan pernafasan dan disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac lalu.

“Beliau disahkan meninggal dunia pada hari ini, jam 7.40 malam. Kami mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga pesakit,” katanya di Facebook, tadi.

Beliau berkata, punca jangkitan COVID-19 masih dalam siasatan.

Artikel berkaitan