Wednesday, July 28, 2021

Covid-19: Jangan Cemas Peningkatan Pesakit, Negara Berada di Landasan Yang Betul.

Terkini

Terkini Covid-19

Malaysia
1,044,071
Kes keseluruhan
Updated on Jul 28, 2021 @ 07:13 07:13
170,224
Total active cases
Updated on Jul 28, 2021 @ 07:13 07:13
865,439
Sembuh keseluruhan
Updated on Jul 28, 2021 @ 07:13 07:13
8,408
Jumlah kematian
Updated on Jul 28, 2021 @ 07:13 07:13

1. Rakyat Malaysia tidak perlu cemas apabila melihat peningkatan jumlah positif Covid-19 sejak beberapa hari lalu. Malah jumlah ini mungkin akan meningkat lebih mendadak minggu hadapan.

2. Peningkatan ini tidak semestinya memberi gambaran negatif dan menyebabkan kita kecewa. Ia juga TIDAK HARUS DIANGGAP KEGAGALAN Perintah Kawalan Pergerakan fasa pertama.

3. Sebelum ini kemampuan kita mengadakan ujian ke atas mereka yang dianggap berisiko terkena jangkitan Covid-19 agak terhad. Ini sekaligus memperlahankan statistik penemuan jangkitan Covid-19.

4. Hospital tidak boleh menjalankan ujian serentak ke atas semua yang berisiko Covid-19 lalu meminta sebahagian mereka menjalankan kuarantin rumah sebelum diuji.

5. Ia mewujudkan keadaan jumlah angka mereka yang sah positif Covid-19 agak rendah berbanding jumlah sebenar mereka yang terkena jangkitan tersebut.

6. Atas faktor ini juga, statistik Covid-19 menunjukkan masih terdapat beribu kes dalam status ‘pending’, iaitu keputusan ujian belum diperolehi.

7. Justeru sejak beberapa minggu lalu kita melihat statistik yang rendah berbanding hari ini, dan hari-hari mendatang. Ia bukanlah kerana tiada banyak kes sebelum PKP, namun lebih kepada kemampuan kita untuk menjalankan ujian yang lebih meluas agak terbatas.

8. Kini kerajaan telah mengadakan hubungan dengan lebih banyak makmal swasta dan universiti, serta telah melatih mereka untuk mengadakan ujian mengesan Covid-19.

9. Pada awal April nanti negara dijangka mampu mengadakan ujian ujian PCR (Polymerase chain reaction) sehingga 16 ribu sampel sehari.

10. Untuk rekod kerajaan tidak menggunakan kaedah Rapid Test Kit (RTK) kerana ujian ini tidak memberi keputusan awal yang tepat. Ujian RTK berdasarkan antibodi bukan pengesanan virus. Antibodi hanya muncul di dalam badan sekitar 5-8 hari selepas jangkitan.

11. Jadi jika anda melihat peningkatan yang luar biasa dalam pelaporan statistik Covid-19 pada April nanti ia tidak bermakna PKP gagal.

12. Ini adalah kerana kita telah menguji lebih ramai orang dan sebahagian dari lingkungan peningkatan jangkitan yang telah berlaku di semua negara.

13. Insya-Allah, lingkungan ini akan berkurangan dan kekal kepada kes-kes terpencil jika PKP selama 28 hari ini dipatuhi sepenuhnya.

14. Jika pelaporan statistik pada minggu pertama April nanti menurun, maka ia merupakan berita yang lebih baik kepada negara.

15. Jadi walau apa pun statistik pada minggu-minggu mendatang ia tidak seharusnya dilihat dari sudut negatif. Kita berada pada landasan betul untuk memulihkan negara.

#DudukDiamDiamDiRumah #StayAtHome

Ab Jalil Backer
26 Mac 2020

Artikel berkaitan