Tuesday, July 27, 2021

COVID-19: India sedia longgar sekatan pergerakan

Terkini

Terkini Covid-19

Malaysia
1,044,071
Kes keseluruhan
Updated on Jul 27, 2021 @ 22:00 22:00
170,224
Total active cases
Updated on Jul 27, 2021 @ 22:00 22:00
865,439
Sembuh keseluruhan
Updated on Jul 27, 2021 @ 22:00 22:00
8,408
Jumlah kematian
Updated on Jul 27, 2021 @ 22:00 22:00

India melaporkan 114,460 kes jangkitan baharu COVID-19 pada Ahad, yang terendah dalam tempoh dua bulan, namun jumlah kematian meningkat sebanyak 2,677 kes.

India mempunyai jangkitan COVID-19 kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat dengan jumlah kumulatif kes sebanyak 28.8 juta dan kematian 346,759 kes.

Bagaimanapun, beberapa bahagian negara itu bersedia untuk melonggarkan sekatan pergerakan.

Gelombang kedua COVID-19 telah melanda kawasan pedalaman di negara itu, dan ia masih belum reda.

New Delhi dan bandar-bandar lain berusaha untuk membolehkan lebih banyak perniagaan beroperasi dan peraturan pergerakan dilonggarkan bermula Isnin.

Negeri terkaya di India, Maharashtra, antara yang paling teruk terjejas ketika gelombang kedua dan merancang untuk melonggarkan sekatan secara perlahan-lahan pada minggu ini.

Saintis memberi amaran gelombang ketiga akibat COVID-19 akan melanda India pada akhir tahun ini dan kemungkinan akan memberi lebih kesan kepada kanak-kanak.

Walaupun negara itu telah meningkatkan keupayaan vaksinasi dalam beberapa minggu terakhir, majoriti penduduk dari 1.3 bilion populasi itu masih belum divaksinasi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Artikel berkaitan