Tuesday, April 13, 2021

COVID-19: Enam kawasan dilabel sebagai zon merah

Terkini

Terkini Covid-19

Malaysia
362,173
Kes keseluruhan
Updated on Apr 13, 2021 @ 14:47 14:47
15,835
Total active cases
Updated on Apr 13, 2021 @ 14:47 14:47
345,005
Sembuh keseluruhan
Updated on Apr 13, 2021 @ 14:47 14:47
1,333
Jumlah kematian
Updated on Apr 13, 2021 @ 14:47 14:47

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengkategorikan mana-mana kawasan atau daerah yang mempunyai lebih 40 kes COVID-19, sebagai zon merah.

Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ia bagi memastikan pihaknya menumpu kepada daerah-daerah yang terjejas sebagai langkah pencegahan awal.

“Daerah yang dilabelkan warna merah itu bermaksud mempunyai rekod 40 kes ke atas,

“Jadi kalau warna merah tu kita akan pastikan gunakan geolokasi dan kita akan tahu daerah-daerah di setiap negeri yang terlibat. “Dan usaha kita iaitu Pejabat Kesihatan Negeri akan melihat kepada tempat-tempat yang lebih fokus. maksidnya sekarang ini, kita melaksanakan pencegahan awal kalau kita tahu daerah mana yang terlibat,” jelasnya.

Setakat jam 12 tengah hari (22 Mac), sebanyak enam kawasan atau daerah dari seluruh negara telah dilabelkan sebagai kawasan zon merah akibat wabak COVID-19.

Berikut adalah daerah yang dilabel sebagai kawasan zon merah mengikut taburan kes tertinggi:

Petaling Jaya (96 kes)
Lembah Pantai (90 kes)
Hulu Langat (75 kes)
Johor Bahru (52 kes)
Seremban (42 kes)
Titiwangsa (40 kes)

Sementara itu, Kementerian Kesihatan akan meningkatkan keupayaan pensampelan sehingga 16,000 sehari menjelang April ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata untuk minggu ini sahaja, setiap hari pihaknya mampu menjalankan 3,500 ujian pensampelan sehari.

Artikel berkaitan