Friday, June 2, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

‘Cincin berapi’ di langit 26 Disember ini

KUALA LUMPUR: Selepas kali terakhir berlaku 21 tahun lalu, rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang menyaksikan keunikan fenomena alam yang mencetuskan pelbagai kesan kepada flora dan fauna dikenali sebagai gerhana matahari cincin.

Pembentukan ‘cincin berapi’ di kala tengah hari yang sebelum ini berlaku di Malaysia pada 22 Ogos 1998 tercetus apabila bumi, bulan dan matahari berada dalam kedudukan sebaris, sekali gus menyebabkan persekitaran tiba-tiba bertukar gelap untuk tempoh tertentu.

Lokasi strategik untuk menyaksikan proses pembentukan fenomena yang berlaku sekali dalam tempoh dua dekad ini adalah di daerah paling selatan Malaysia, iaitu Tanjung Piai, Johor dan Serian, Sarawak.

Hampir separuh kawasan bumi termasuk Malaysia akan berpeluang menyaksikan gerhana matahari cincin yang bermula dari Arab Saudi, kemudian ke India, Sumatera, Malaysia (Johor dan Sarawak), Singapura, kembali ke Malaysia di Sabah dan Sarawak sebelum berakhir di Lautan Pasifik pada 26 Disember ini.

Mengulas perincian ‘gerhana matahari anulus’, Pengarah Planetarium Negara, Anita Bahari, berkata fenomena itu dijangka berlaku untuk tempoh antara dua minit 30 saat hingga tiga minit 30 saat, bergantung kepada lokasi.

Faktor lain yang bakal menentukan kejelasan pembentukan anulus dalam bahasa Latin atau cincin itu adalah taburan awan, jerebu dan kemungkinan hujan pada waktu ketiga-tiga sistem solar berkenaan berada dalam kedudukan sebaris.

“Tanjung Piai dipilih sebagai lokasi untuk kita adakan Festival Solar Malaysia 2019 yang mengandungi pengisian pelbagai aktiviti dengan unjuran pengunjung dua juta orang.

“Ia berikutan ini berada di kedudukan terhampir apabila fenomena gerhana matahari anulus berlaku pada jam 1.21 tengah hari hingga jam 1.23 tengah hari.

“Orang ramai yang mengunjungi tapak festival di Taman Negara Tanjung Piai berpeluang menyaksikan fenomena alam ini untuk tempoh paling lama, berbanding kawasan lain di seluruh Semenanjung.

“Selain Tanjung Piai dan Serian, daerah lain di Malaysia hanya mampu melihat pembentukan gerhana matahari separa pada waktu tertentu,” katanya pada sidang media di Planetarium Negara, hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Bahagian Perkhidmatan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta Pembudayaan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Nik Kamaruzaman Nik Husin; Ketua Penolong Pengarah Kanan Planetarium Negara, Mohd Zamri Shah Mastor serta Ketua Pegawai Eksekutif Strate Gist Sdn Bhd, Sufian Said.

Ditanya kesan kesihatan dan perubahan alam sekitar, Anita berkata, perbezaan tarikan graviti bulan berikutan gerhana matahari cincin bakal menyebabkan fenomena air pasang besar di Tanjung Piai dan pantai barat Semenanjung.

Berdasarkan maklumat diperoleh daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), paras air laut di Tanjung Piai dijangka naik sehingga 3.4 meter, berbanding kadar biasa iaitu antara dua hingga tiga meter.

“Ini paras biasa dan tidak memberi sebarang kebimbangan kepada pengunjung, namun apa yang lebih menarik ialah kesan kepada burung hijrah serta tumbuhan kerana persekitaran hening tengah hari tiba-tiba bertukar gelap.

“Oleh itu, Tanjung Piai akan menjadi lokasi tumpuan dalam kalangan penyelidik dari segenap pelusuk negara dan peminat astronomi bagi menyaksikan keunikan fenomena ini serta kesannya kepada alam sekitar.

“Cuma pengunjung dinasihatkan untuk tidak melihat gerhana secara terus, sebaliknya menggunakan 10,000 kaca mata khas mengandungi filem penuras sinar matahari yang akan diperuntukkan oleh Planetarium.

“Berikutan kekuatan sinar cahaya matahari ketika gerhana, individu yang melihat secara terus akan berdepan risiko buta kekal, justeru guna kaedah bersesuaian dan ikuti nasihat pihak penganjur,” katanya.

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...