Wednesday, July 28, 2021

China lulus vaksinasi kanak-kanak seawal 3 tahun

Terkini

Terkini Covid-19

Malaysia
1,044,071
Kes keseluruhan
Updated on Jul 28, 2021 @ 00:00 00:00
170,224
Total active cases
Updated on Jul 28, 2021 @ 00:00 00:00
865,439
Sembuh keseluruhan
Updated on Jul 28, 2021 @ 00:00 00:00
8,408
Jumlah kematian
Updated on Jul 28, 2021 @ 00:00 00:00

China meluluskan penggunaan vaksin kepada kanak-kanak seawal tiga tahun selepas negara itu membenarkan penggunaan kecemasan vaksin COVID-19, Sinovac Biotech Ltd.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Sinovac Biotech Ltd, Yin Weidong yang disiarkan di televisyen tempatan negara itu.

Tindakan itu menjadikan China negara pertama meluluskan vaksin kepada kanak-akan seawal tiga tahun.

Ia dibuat selepas pelbagai laporan timbul mengenai risiko kanak-kanak dan penyakit boleh menjangkiti seperti golongan dewasa.

Singapura, Hong Kong dan beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS) hanya membenarkan penggunaan vaksin COVID-19 terhadap kanak-kanak 12 tahun dan ke atas.

Menurut Weidong, pemberian vaksin Sinovac kepada golongan muda itu akan bergantung kepada pihak kesihatan yang merangka strategi inokulasi China.

Jelas Weidong, golongan kanak-kanak di bawah umur mempunyai keutamaan lebih rendah untuk vaksinasi terhadap COVID-19 berbanding golongan dewasa yang berdepan risiko gejala lebih serius selepas jangkitan.

Hasil ujian klinikal tahap I dan II menunjukkan vaksin boleh mencetuskan tindak baas imun pada individu berusia tiga hingga 17 tahun.

Tambahnya, kebanyakan kes reaksi buruk adalah sangat ringan.

Setakat 3 Jun lalu, sebanyak 723.5 juta dos vaksin telah diberikan di bawah program vaksinasi COVID-19 China.

Artikel berkaitan