Friday, June 2, 2023

Creating liberating content

[Video] Polis lepaskan tembakan...

Kejadian di persimpangan Jalan Semarak menghala Jalan Tun Razak arah selatan. Sebuah kenderaan...

[Video] Kapten hoki India...

Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia,...

Syarikat taikun ambil alih...

Yang ini ttak boleh diterima. Subang merupakan airport dalam bandar yang amat diperlukan...

[Video] Budak sekolah kantoi...

Kes kantoi buat hubungan intim dalam bilik air sekolah time bulan ramadan kejadian...

Cerita Sang Guru Yang Tidak Memalukan Muridnya Di Depan Murid-Murid Yang Lain

Sekumpulan remaja sedang menghadiri majlis pernikahan salah seorang rakan mereka.

Salah seorang daripada mereka melihat guru sekolah rendahnya ikut hadir dalam majlis pernikahan itu.

Murid itu segera mendatangi dan bersalamn gurunya dengan penuh penghormatan, seraya berkata:

“Cikgu masih ingat saya lagi, kan?”

Gurunya menjawab: “Tidak.”

Murid itu hairan dan bertanya lagi, “Eh, cikgu tak ingat saya?”

“Saya kan… murid yang *mencuri jam tangan* salah seorang kawan di dalam kelas kami tu.

“Ketika murid yang kehilangan jam itu menangis dan mengadu, cikgulah yang menyuruh kami semua berdiri, lalu dibuat pemeriksaan poket murid2 semuanya.

“Saya terfikir bahawa saya akan dipermalukan di hadapan murid2 dan guru2, dan akan menjadi bahan ejekan dan hinaan, mereka akan menggelar saya “pencuri” dan saya pasti akan hancur sepanjang hidup.”

“Cikgulah yang menyuruh kami semua berdiri menghadap dinding dan menyuruh kami menutup mata semuanya dengan sapu tangan.”

“Cikgu memeriksa poket setiap kami, dan ketika tiba giliran saya, cikgu ambil jam tangan itu dari poket saya, dan cikgu meneruskan penggeledahan sampai ke murid yang terakhir.”

“Setelah selesai, cikgu suruh kami membuka penutup mata, dan duduk di tempat duduk masing2-masing.”

“Saya takut cikgu akan memalukan saya di depan semua murid-murid yang merupakan teman teman saya.”

Cikgu tunjukkan jam tangan itu dan berikan kepada pemiliknya, tanpa menyebutkan siapa yang mencurinya.

“Sepanjang saya belajar di sekolah itu, cikgu tak pernah sebut pun tentang kes kecurian jam tangan itu, dan tidak ada seorang pun guru mahupun murid yang tahu tentang kecurian jam tangan itu.”

“Cikgu masih ingat lagi saya tak?”

“Takkan cikgu tak boleh ingat kat saya lagi?”

“Sayalah murid itu dan cerita ini adalah cerita pedih yang tak akan dapat dilupakan dalam hidup saya.”

“Saya sangat mengagumi cikgu. Sejak dari itu saya berubah menjadi orang yang baik dan benar, Saya mencontohi semua perbuatan baik cikgu.”

Guru itu menjawab:
“Sungguh2 saya tidak mengingat kamu, kerana pada waktu menggeledah itu, sengaja saya menutup mata juga, agar saya tidak cam siapa pelakunya.”

“Kerana saya tidak mahu merasa kecewa atas perbuatan salah seorang murid, “Sebab saya sangat mencintai murid-murid saya”.

Murid tadi hanya terpana dan terdiam. Bertambah lagi rasa kagumnya kepada sang guru.

Hikmah yg dapat diambil:

Pendidikan memerlukan akhlak dalam menutup segala keburukan orang lain.

Jangan memalukan seseorang hanya kerana satu kesalahan, kerana ia mampu menghancurkan dirinya sepanjang hidupnya dan mungkin akan tambah terperosok lebih dalam lagi pada masa depannya.

Memaafkan & Mengampuni, adalah sebuah kebijaksanaan.

Semoga bermanfaat.

Kredit : Cikgu Saifuddin Salim

Get notified whenever we post something new!

Continue reading

Geng Broker baru keluar gua

Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar...

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada...

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana...